Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, November 21, 2011

Terkenang semasa dulu.............

Cuti sekolah sudah bermula. Maka bermulalah
musim orang buat kenduri kahwin.

Semasa saya kecil-kecil dulu, saya seronok
menunggu waktu cuti sekolah.. Ialah masa
untuk bergembira.

Tak payah nak fikir buku sekolah, masa untuk
main sepenuh masa…Celik mata, makan..lepas tu
main. Dah lapar, baru balik rumah..Lepas tu,
main lagi..

ok, berbalik kepada cerita orang kenduri
kahwin tadi. Zaman saya dulu tak merasa nak
makan kat meja penanggah macam zaman sekarang ni.

Pelik? Kalau kat kampung saya dulu itu perkara
biasa. Kalau sekarang ni tak pasti pulak macam mana..

Tak ada katering-katering berbagai. Semua masak sendiri
diketuai oleh seorang tukang masak. Kat kampung saya
ada seorang tukang masak yang sememangnya pakar.

Kalau nak merasa masakan dia nie, orang selalunya
tempah dia awal sebelum tarikh kenduri. Memang
sedap.

Bila tukang masak ni kata ' Dah siap, bagi budak-
budak makan'..Masa tulah yang ditunggu-tunggu.

Beraturlah ambik pinggan. Ceduk nasi dan hulurkan
pinggan dekat penanggah lauk. Dapatlah seketul
kari ayam ke, kurma ayam ke atau apa-apa menu
utamanya.

Ada juga dipelawa untuk ambik lauk lain, tetapi
selalunya saya akan makan satu lauk saja. Nasi
minyak panas-panas dengan kuah kari banjir.. Memang
meleleh air liur dibuatnya..

Duduk pulak kat tepi bangku, celah-celah emak
yang duduk di penanggah ataupun di batang pokok
yang berhampiran. Namun nak duduk di penanggah
yang di sediakan, tidak sekali..

Kenapa agaknya? Entah, tidak dapat saya menjawabnya.
Dan masa tu, budak-budak juga tak dapat telur..

Saya benar-benar rindu dengan keadaan itu.

No comments:

Post a Comment