Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, November 04, 2011

Pang!!! Aduh! Sakitnya.

Sebelum balik tadi saya kena 'tampar'.
PANG! Aduh sakitnya. Tapi jangan silap.

Buka kena tampar kat pipi, tapi kena
tampar kat 'hati' dan fikiran.

"Ubah diri sendiri dan jangan menilai
sesorang itu dengan hanya luaran." Begitulah
kiranya kata-kata dia.

Wow! Kata-kata itu membuatkan saya berfikir
sepanjang jalan balik ke rumah dan juga sepanjang
masa saya memegang senduk kat dapur tadi

Pernah tak anda rasa tidak suka
dengan seseorang itu tanpa sebab.

Bukan sebab dia cacat, bukan sebab dia
tak cantik atau pun handsome.. Cuma
bila kita nampak dia, perasaan tidak
suka itu timbul.

Tiada sebab...maksudnya, perasaan itu datang
sendiri. Dan apabila perkara ini dibangkitkan
dengan kawan saya, saya ditemplak olehnya.

Ini kali kedua. Bukannya saya sengaja tidak
suka kat seseorang itu...'rasa' itu datang
sendiri.

Saya tidak kisah berkerja atau berkawan
dengan sesiapa pun...Tapi kalau saya rasa
tak selesa, saya akan menjauh.

"Saya tidak suka dia." Itu jawapan saya
semasa saya menghantar surat berhenti kerja
dekat boss saya.

Saya sanggup berhenti kerja apabila saya
tidak suka itu menghantui saya kali pertama
dulu.

Sungguh orang saya tidak suka itu tiada
salah,tetapi bak kata saya tadi ianya
'rasa' yang tidak mampu saya kawal.

Jadi lebih baik saya menjauh dan kadang-
kadang buat saya rasa berdosa dengan dia.

Adakah saya bakal bertindak begitu buat kali
kedua? Saya sendiri tidak pasti.

Dan buat kawan saya tadi, terima kasih
kerana telah membangkitkan saya dari
lena walaupun saya tahu dia tidak akan
membaca coretan ini..

No comments:

Post a Comment