Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, May 24, 2011

Silap sendiri.

Rasanya semua orang tahu sejak dua menjak ini
cuaca memang panas. Terlampau panas bagi saya.

Bila dah panas, air batu menjadi pilihan. Saya
dengan sedapnya membuatkan ianya menjadi pilihan
utama. Saya memang jarang minum air batu.

Memang jarang sangat. Dan akibatnya saya telah
mendapat kembali penyakit lama saya iaitu asthma.

Minum air batu, berenang lagi. Jadi dada saya
mejadi sejuk. Tetapi saya tidak batuk. Cuma mencungap
macam ikan naik ke darat. Dada terasa sempit.

Dua hari pergi klinik mintak oksigen. Baru lega
tetapi kena sambung dengan makan ubat juga.

Masa saya kecik dulu memang saya ada asthma atau
pun semput. Tetapi ianya telah hilang selepas
saya makan ikan belacak.

Belacak itu besar. Emak saya goreng dan saya makan
dengan nasi. Sedap kut. Dah tak ingat macam mana
rasanya. Tapi arwah bapak saya memang ada penyakit
ini. keturunan...

Setelah 30 tahun, penyakit itu datang lagi. Hanya
kerana kesilapan sendiri..

Kiranya sendiri mau ingat.. Dah tua-tua macam ni
banyak pulak penyakit yang datang.

2 comments:

  1. Ikan belacak?

    Mana nak cari sekarang ni yang besar2?
    Kalau ada pun, yang dah tercemar dgn tumpahan minyak dan diapers hanyut...

    ReplyDelete
  2. dh.
    jgn minum air batu lagi ye...

    :)


    .

    ReplyDelete