Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, May 07, 2011

Nasi lemak & teh tarik.

Hari yang ditunggu oleh saya dan anak sekarang ini
adalah hari sabtu. Sebabnya boleh pergi berenang.
Saya pandu sendiri.

Wah! Dengan penuh semangatnya hari ni pergi Putrajaya.
Pukul 8 dah sampai sedangkan kolam pukul 9 baru beroperasi.

Sarapan dulu, nasi lemak bungkus daun pisang dengan
teh tarik. Tambah sotong kembang 2 ekor. Kalorinya
tak tahulah pulak berapa..tapi banyak tu.

Tak pe, dalam hati berkata. Lepas ni boleh bakar
kalori tu dengan breaststroke dan freestyle. Kalau
dah 3 jam dalam kolam, takkan tak cair kut...hehehe.

Habis makan, dekat nak pukul 9. Anak dara saya ajak
pergi tukar baju dulu , baru beli tiket...Dengan penuh
semangatnya gi tukar baju..Sapu pulak sunblock siap-siap.

Bila keluar pintu bilik persalinan, terus menuju ke pintu
kolam. Kiranya nak suruh anak dara saya tunggu kat situ
sementara saya beli tiket (harganya 2.00).

"Harap maaf. Kolam ditutup kerana sedang diselengarakan."

Dah pakai baju, dah pakai sunblock baru nampak notice
tu... nasib baik belum pakai google lagi...

Rela dalam paksa patah balik bilik persalinan dan
tukar baju. Tanya adik kat kaunter tu, rupanya kolam
dah ditutup selama 3 hari. Entah bila bukaknya dia
pun tak pasti.

Aduhai.. teringat nasi lemak ngan teh tarik
yang ada dalam perut nie...

ermmm.

2 comments:

  1. Salam kak, itu dikira rezeki 'kekal' sekejap dalam badan lah tu... hehehe

    ReplyDelete