Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, May 26, 2011

Dah turun, naik balik...

Bulan ini saya memang terlalu banyak kerja. Badan saya
kurang penat, tetapi otak saya penat. Kiranya dalam
bulan ini, saya banyak sakit.

Ditambah dengan rasa marah, rasa sebal dan macam-macam
rasa lagi. Kalau kat kedai makan, bolehlah dikira macam ikan
3 rasa tu..(mengarutlah tu)

Kerja banyak, masalah pun banyak. Kerja sikit, masalah tetap
banyak. Buat benda yang sama pun tetap salah.

Kadang-kadang saya rasa diri saya ni macam penyapu. Tukang
sapu semua sampah (masalah) yang di buat oleh team saya.

Nak jugak buat 'bodoh' tetapi bila dah kerja dalam bidang
ini, semua perlu cepat. Jadi mahu tak mahu kena 'cover'
untuk team saya…

Tenaga : 20 %
Semangat : 0 %

Ini skala yang saya rasa semalam.. Memang 'down' habis.
Jatuh merundum. Menjunam terus dalam gaung. Nak panjat
balik kena naik perlahan-lahan. Lelah. Sakit hati…

Dan semalam seperti biasa saya membeli majalah MW.
Selepas habis kerja rumah, duduk mengadap majalah ni.


" dan jika anda tiba-tiba rasa sebal terhadap sesuatu perkara dan menyalahkan
orang lain kerana berlakunya perkara itu, cuba bersendirian di dalam bilik
sambil mendengar lagu-lagu beralunan lembut, sebaiknya lagu-lagu
kerohanian. Jangan tidur sebaliknya bertafakur dan selidiki semula apa
punca sebenar berlakunya perkara itu.

Benarkah langsung tidak ada kesalahan kita di sana? Apabila kita berfikir dengan tenang
tanpa emosi, pasti kita dapat jawapan bahawa kita pun tidak sesempurna
mana untuk menyalahkan orang lain. Ego sebenarnya yang membesarkan
amarah itu."

Petikan dari Tinta editor MW minggu ini.

Wah! Hati saya yang sebal terasa seperti disiram air sejuk.
Sungguh, saya seperti baru tersedar yang KITA hanya
manusia biasa dan tidak sesempurna mana.

Ajaibnya, semangat saya naik menggunung..

1 comment:

  1. Hmm... tak payah makan ubat jiwa...

    Tak menangis ke? hahaha

    ReplyDelete