Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, May 06, 2011

semalam : 05/05/2011

Tarikh semalam? Betullah tu.. Tak percaya cuba
jeling kat kalender... Apa yang ada semalam?

Adalah yang ' istimewa' sikit untuk keluarga
kecil saya ni... Cuma biarlah rahsia..hehe.

Pagi, kena migrain. Telah ubat pun tak mahu jalan. Tahan
je la. Tengahari pun sama.. Telan lagi ubat, macam tu
jugak. Penyudahnya lantak lah.. tahan saje.

Keluar rumah lepas maghrib, kononnya nak pergi
makan malam kat luar. Makan-makan..

Tapi hendak dijadikan cerita, tunggu punya tunggu
bulan tak timbul-timbul.... Penyudahnya patah balik
dan makan kat area rumah.

nasi goreng kampung & air kopi o
burger daging special + cheese & teh ais
nasi putih + telur mata + sup kosong & jus tembikai

Ini menu yang kami makan malam tadi. Syukur Alhamdullilah.
Walaupun apa yang diharapkan tidak menjadi, tetapi
ada juga rezeki buat kami.

Perasaan saya, biasa saja. Anak saya mungkin kecewa sebab
dah pakai cantik-cantik siap pakai kasut hitam berkilat
lagi.. Dah tu makan lambat pulak.. hahaha..

Kenangan yang agak pahit, tetapi itu adalah realiti
kehidupan.

Kesimpulannya : Bersyukurlah dengan apa yang ada.

No comments:

Post a Comment