Semalam saya pergi Nilai 3. Berdua dengan cik abang.
Anak tinggal, tak mau ikut.
Niat di hati mahu mencari tudung. Banyak, macam-macam
fesyen ada. Ada yang pelik, ada yang cantik.. Bukan
ini yang saya nak cerita.
Ada kat satu kawasan ' textile walk'... Ada banyak
kedai yang jual tudung. Lebih dari sepuluh kut. Tapi
yang saya nampak semuanya kepunyaan orang luar. Orang
'Pakistan'..
Mana pergi orang kita agaknya? Sehinggakan semua di bolot
oleh orang mereka. Sebenarnya kalau nak diikutkan banyak
lagi kedai mereka.
Kedai perabot, kedai karpet pun mereka yang punya juga.
Tu.. kerusi tu cantikkan.. RM 55.00 ..dapat kurang 5 hinggit!
Tapi kat kedai sebelahnya jual RM 65.50. Siap ada 50 sen lagi..
Pun taukehnya orang import jugak.
beli barangan import...
ReplyDeleteuntuk menaikkan industri import-eksport.
hahaha...
tak de import & export, negara x berapa nak maju...ehh betul ke?
ReplyDelete