Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, April 20, 2011

Emak masak sedap..

"Sedaplah ibu masak.." Kata-kata yang telah lali
di telinga saya.

Itu kata anak saya. Tiadalah yang luar biasanya kalau
sekadar udang masak lemak cili kering dengan kacang
panjang. Itu pun guna cili boh jea..Bila penyakit
m' besar sudah menyerang tak boleh nak buat
apalah.

Dulu, saya kerja kilang. Pergi subuh balik lepas waktu Maghrib
baru sampai rumah. Perut punyalah berkeroncong , saya je yang
tahu. Bila balik, emak dah siap masak.

Masakan emak ringkas je.. Asam pedas, sambal ayam,
ayam kicap.. Lauk pulak 1 atau 2 jenis je.. Tapi punyalah
sedap, fuh… tak ingat. Tapi badan saya masa tu
lah besau. Kurus cekeding je padahal makan, mak ai.. Kus semangat.

Sekarang ni bila saya masak benda yang sama, cara yang sama,
bahan-bahan yang sama tetapi tetap tak dapat cari rasa yang
sama dengan yang emak saya masak….

Rahsianya adalah 'air tangan'. Bukan air basuh tangan tau. Lagi
satu, emak saya selalu cakap ' tak payah nak tunggu lebai..'
Maksudnya, tak payah nak tunggu sesuatu bahan tu lengkap,
baru boleh masak menu yang kita mahu.

Kalau dah ada bahan asas, jalan saja. Tak payah nak tunggu.
Tapi ada juga orang yang cerewet. Kalau tak cukup bahan
seboleh-boleh mahu mencukupkannya.

Macam asam pedas saya ni ha.. Yang ada dalam tu hanya
ikan kembong je.. Bendir tak ada, terung pun tak ada..


Betullah. Masakan emak saya adalah yang paling sedap…Saya
yang kata. Anda semua mungkin ada pendapat yang lain.
Terpulanglah. Tapi sekarang saya tidak dapat merasa
lagi masakan emak saya....Dah tak sihat dan kuat lagi.

No comments:

Post a Comment