Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, January 19, 2011

Mati express

Semenjak dua menjak nie, saya selalu mendengar orang
yang saya kenal meninggal secara express. Maksudnya
tiada terlantar sakit yang membolehkan ahli keluarga
menjaga atau berziarah.

Ia saya tahu, mati itu pasti hidup belum tentu lagi. Semua
orang akan mati, begitu juga dengan saya. Entah esok
lusa tak siapa yang tahu.

Tak payah nak tunggu umur 40, 50 malah 100 tahun pun,
kalau hanya itu jangka hayatnya maka berakhirlah
ia di situ.

Persoalan saya, apa yang akan kita tinggalkan apabila
kita mati nanti. Harta berjuta? Kalau adalah. Hutang piutang?
Mesti ada punya, tak banyak sedikit. Contohnya hutang
ansuran peti sejuk, walaupun hanya 70 ringgit sebulan
tetap berhutang namanya.

Zuriat? Kalau ada. Ada seorang pun Alhamdullilah. Dapat
juga berdoa untuk kita. Itupun kalau ingat kat ibu/ayah yang
telah tiada. Kalau buat menambah dosa kepada kita, baik
tak payah ada.

Yang paling sedih mungkin suami atau isteri kita. Itupun kalau
sedihlah. Buatnya dia suka, kubur merah lagi dah nak cari lain,
payahlah jawabnya.

Setelah kematian pasangan kita, banyak yang perlu difikirkan lagi.
Ansuran rumah, kereta, hal persekolahan anak dan macam-macam
lagi.

Persoalannya bersediakah anda dengan benda-benda macam tu.

Tahukah anda berapa hutang pasangan anda?
Tahukah anda no akuan pembayaran ansuran rumah
atau kereta…bla..bla?

Saya rasa ramai yang tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu
sebelum ini. Sama seperti saya juga. Banyak benda lain
yang perlu difikirkan. Jadi bab menjelaskan segala pembayaran
ini, biarlah pasangan kita yang menyelesaikannya walaupun
menggunakan duit kita.

Jadi, eloklah kita belajar sedikit demi sedikit tentang apa
yang kita tak nak ambik tahu itu. Sebabnya ia akan
memudahkan kita di kemudian hari.

Kita selalu memilih jalan selamat tanpa mengambil tahu
yang mungkin jalan itu akan membuatkan kita tidak
selamat dan perlu mencari jalan lain satu hari nanti.

Ingatan untuk diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.

No comments:

Post a Comment