Adakah saya bertuah hari ini? Entahlah.Oleh kerana
sebelum tidur malam tadi telah makan segala jenis
ubat, tidur saya menjadi begitu lena.
Macam-macam mimpi yang ada, tapi rasanya macam karut
lah pulak. Mimpi pergi cari siput. Tak lah pelik, tapi
kalau dah siputnya sebesar penumbuk itu memang pelik
bagi saya. Selalunya yang paling besar pun hanya sebesar
buat jambu je, yang saya tengok lah.
Jadi bila tak boleh tidur, bangunlah pergi bilik air.Itu
pun nak cerita? Bukan itu, tetapi selepas keluar dari
bilik ar saya terdengar sesuatu...
uuuuuuuu...uuuuuuu...uuuuuuuu - bunyi macam orang
mengogoi di telinga saya. 3 kali je. Mula-mula rasa
nak jengah. tapi tak jadi. Encik Hubby pulak dah
hantar barang ke Melaka, jadi dia keluar awal.
Terus saya baring semula. Selang 5 minit selepas
saya dengar, azan subuh pun berkumandang.
Tiba-tiba saya teringat sesuatu. Pernah tengok pokok ni?
Gambar dari Google.
Kami panggil pokok langsuir. Depa memang duduk bertenggek kat
situ. Pokok nie memang ada di tanam di dalam pasu oleh jiran
sebelah kiri saya ni. Budak bujang depan rumah saya ni, memang
ada nampak benda tu kat pokok nie... Eeeiii seram tu. Nama pun
budak bujang kan, dah tentu balik rumah tengah malam ataupun
awal pagi punya (tapi tak semualah kan).
Semasa buat sambutan hari lahir hari tu,jiran saya yang
cakap. Dulu rumah dia ada juga pokok nie, budak bujang tu juga
yang nampak. Bila dia tahu, terus dia campakkan ke dalam
tong sampah.
Pasal pokok kat rumah jiran sebelah nie, tak adalah
pulak dia cakap. Segan katanya...Iyalah, biar orang
yang nampak itu sendiri yang beritahu.
Dulu masa saya budak-budak pun ada dengar jiran nampak.
Paip air tak ada, yang ada cuma perigi. Dekat perigi
tu ada pokok petai (kalau tak silap). Dicabangnya
aalah pokok ini. Benda itu tengah lepak agaknya. Jiran
saya nampak....
Saya pelik zaman sekarang ini, macam-macam cerita hantu
yang keluar kat panggung dan tv. Makin lama makin menjadi
pulak. Seronok agaknya dia orang tengok? Saya? Tak
suka tengok. Buat terkenang-kenang dimata.
Dulu masa zaman budak-budak suka jugak tengok cerita
hantu cina yang terlompat-lompat tu. Kalau tampal
dengan kertas azimat terus hantu tu berhenti. Masa itu
riuh rendah juga. Mana taknya, sibuk jerit orang
yang kena kejar dek hantu tu suruh lari cepat, cepat.
Padahal lakonan je tu.
Jadinya kalau ada sesiapa yang membela atau menyimpan
pokok ini, berfikirlah berkali-kali. Sebab mana tahu,
jika satu hari nanti anda bertuah pulak jumpa
benda itu. Saya cakap je.
No comments:
Post a Comment