Tercungap-cungap anak saya balik dari mengaji malam tadi dan bertanya " Ibu, ada tak ibu suruh orang ambik Nurul balik dari mengaji?".
Saya yang sedang berbaring terus duduk tegak. Hati sudah kecut mendengarnya.
"Tidak. Siapa?" Saya sudah merenung anak saya begitu juga dengan suami.
"Tak tahu. Pakai topi dan rambutnya panjang. Kereta warna putih. Dia panggil Nurul, marilah kakak, emak suruh acik hantar balik."
"Nurul tak nak, Zulaikha kata pergilah. Emak awak suruh. Nurul geleng, tak mahu."
Ya ALLAH. Kecut perut saya mendengarnya. Anak saya mengaji sebaris dengan rumah saya, selang 8 buah rumah. Saya akan menghantar dia mengaji setiap hari dalam pukul 8 malam dan menjemput dia balik dalam 8.30 malam.
Tetapi dalam 2 minggu ini rutin untuk mengambil dia balik, telah saya hentikan kerana
dia balik dengan Zulaikha, kawannya yang berada di dalam darjah tiga.
Saya tidak tahu, apa yang akan berlaku jika dia mengikut perempuan itu. Saya tidak dapat bayangkan jika dia mendengar kata-kata Zulaikha itu.
Sungguh saya bersyukur kerana dia telah membuat tindakan bijak..
Alhamdulillah,akak baca pun ketar lutut.Syukurlah dia pandai fikir.
ReplyDeleteiya kak. Sungguh seriau bila dengar dia cakap macam tu...
ReplyDelete