Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Wednesday, September 01, 2010
Dulu dan sekarang
Dalam masa 8 hari lagi kita akan menyambut lebaran. Anak-anak tentu
lebih gembira berbanding dengan kita. Biarlah, kita juga dulu begitu.
Nak-nak lagi kalau dapat baju baru, kasut baru dan lain-lain.
Saya masih ingat zaman kanak-kanak saya dulu. Puasa sama saja
letihnya. Cuma sekolah hanya sampai pukul 1.30 petang. Lepas tu
boleh balik dan tidur. Dekat nak pukul 5 baru bangun.
Yang paling saya suka, petang sebelum raya. Kalau orang negeri,
diaorang sebut petang memantai. Tugas saya, abang dan adik adalah
mengejar atau menjerat ayam. Ayam kampung tahu je lah. Liar semacam,
tidur pun bukan dalam reban. Nun di atas dahan.
Setelah bermandi peluh mengejar ayam, dapatlah 5, 6 ekor. Jinjing
pulak ayam tu pergi ke rumah yang pandai sembelih ayam. Sepanjang
jalan ramai pulak yang menegur. Kiranya, separuh kampung tahu berapa
ekor ayam yang kami masak untuk hari raya.
Habis sembelih, tebuk dan celur ayam pulak. Cabut bulu yang paling
lemah sekali. Selalunya sayalah yang tukang menghabiskan kerja itu.
Adik dan abang suka buat kerja sekerat jalan. Iyalah, siapa yang
tahan duduk lama- lama mencabut bulu.
Dah siap, panggang sekejap. Tujuannya untuk membakar bulu-bulu
halus. Masa itu terbitlah satu bau yang boleh mncairkan air liur. Fuh!
Dah siap, barulah diserahkan kepada emak saya untuk disiang dan dimasak.
Bolehlah rehat sekejap.
Saya masih ingat cerita lucu tentang anak saudara saya. Tinggal di Cheras
dan jarang balik kampung. Bila tengok ayam mengais pasir dia boleh cakap,
"Ei..geli tengok ayam tu, dia tak pakai kasut." Sehingga sekarang dia
tidak makan kaki ayam.
Anak saya sendiri, kalau mengikut pergi membeli ayam, dia dengan selambanya
tutup hidung depan penjual ayam tu. Tak tahan dengan bau ayam. Bila dah
dimasak, pandai pulak dia datang menjengah.
Itulah beza zaman saya dulu dengan zaman sekarang. Sekarang ni semua
dah siap. Tak payah lagi nak kejar pelbagai..Tapi saya tetap rindu dengan
zaman itu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment