Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Thursday, July 08, 2010
Jiran.
Dah lama tak updated blog. Dengan kesibukan yang melampau, hanya
boleh menjenguk sekejap yang mana patut. Alasan klise, tetapi itu
yang sebenarnya.
Saya mahu bercerita pasal JIRAN.
Siapa jiran kita? Sudah tentu orang yang duduk di kiri kanan dan depan
belakang rumah kita. Penting tak jiran kepada kita? Sudah tentu penting.
Kalau ada sakit pening, siapa yang akan menolong kita? Sudah tentu jiran
yang terdekat kita meminta pertolongan, jika suami kita tiada di rumah.
Akan tetapi, bukan semuanya bertuah dan mendapat jiran yang baik.
Ini terjadi kepada adik saya. Dia baru pulih kerana disantau angin oleh
jirannya. Semua yang berlaku, mesti ada puncanya.
Jiran adik saya (saya gelarkan A) ini memang terkenal di kawasan perumahan
itu. Sudah 'bergaduh' dengan hampir dengan semua jiran di situ. Orang yang
terakhir dia berperang adalah dengan adik saya. A menfitnah dan
melaga-lagakan adik saya dengan jiran sebelah rumahnya (saya gelarkan C).
C datang sendiri bertanya kepada adik saya dan sudah tentu adik saya
yang tidak tahu menahu, terperanjat.
Adik saya yang tidak puas hati pergilah bertanya kepada A tetapi dia tidak
mengaku dan mengatakan yang kawannya (saya gelarkan B) yang membuat onar. Penyudahnya adik saya memanggil A , B & C dan bertanya secara berdepan.
Kedua-duanya pula saling menuduh dan tidak mengaku.
Akhirnya si A mengaku dia yang memulakan semua itu. Dia tidak berpuas hati
dengan adik saya. Dia mengaku yang dia cemburu dengan 'KESENANGAN' yang
adik saya miliki.
Tak tahu, definasi KESENANGAN dia itu dari segi mana. Adik saya cuma
mengatakan yang A itu lebih senang kerana dia tidak ada anak OKU. Ini
bukan bermakna adik saya menyesal yang dia mempunyai anak OKU, tetapi
dia sakit hati dengan A tadi. A boleh pergi kemana-mana tanpa ragu-ragu
dan risau kerana dia mempunyai anak yang normal berbanding dengan adik
saya.
Adik saya pula tidak akan menghadirkan diri di majlis orang atau majlis
adik beradik sekalipun, kerana dia tahu tidak semua orang memahami
keadaan anaknya itu.Pernah dia diperli kerana membawa anaknya ke kedai
dan anaknya itu mengamuk:- dah tahu anak macam tu pun, nak bawak jugak!
itu kata-kata yang sudah lali didengarinya.
Jiran B pulak mengatakan yang dia tidak berpuas hati sebab adik saya
tidak mahu menjual anak arnab kepadanya. Sebelum itu adik saya ada
menjual anak arnab kepada B, tetapi tidak di bayar kerana anak arnab
itu telah mati. Yang menjadi masalahnya anak arnab itu mati setelah
3 minggu berada di dalam jagaannya. Bukan sehari dua. Boleh ke macam
tu? Pelik sungguh sikap orang ni kan? Cuba beli kat kedai. Ambil
kesempatan sungguh, orang yang macam ni. Adik saya tetap menggantikan
anak arnab yang telah mati itu tetapi B tetap tidak membayarnya.
Setelah adik saya 'membasuh' A & B, mereka saling meminta maaf. Sejak
itu masing-masing tidak bertegur sapa satu sama lain. Bermulalah
episod duka di dalam kehidupan adik saya.
Anaknya yang OKU itu mula menjadi tak tentu arah. Tidak tidur, makan
ataupun minum. Badannya'panas sehinggakan di bawa ke klinik pun,
doktor tolak suruh pergi ke Hospital.Bila doktor di Hospital suruh masuk
wad, adik dan suaminya sudah termenung. Dengan keadaan anaknya yang macam
tu, memang dia tak sanggup.Penyudahnya doktor suruh sain surat yang
mengatakan adik ipar saya akan menanggung segala risiko jika sesuatu
terjadi kepada anaknya itu.
Seorang demi seorang pula yang demam. Penyudahnya berubat dengan seorang
ustazah dan terbongkarlah segalanya. Sekarang ini mereka sekeluarga
masih lagi di dalam proses pemulihan. Alhamdulliah masa tu emak saya
berada di rumah saya. Jika tidak sudah tentu emak saya juga akan tumbang.
Nasib baik juga saya tidak ada jiran yang begitu. Jiran yang betul-betul
menakutkan. Jiran yang tidak boleh tengok orang lain senang. Jiran yang
sering mengambil kesempatan…
Macam-macam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment