Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, December 20, 2011

Trip Gunung Kinabalu - part 3

11-Dec

Pukul 1.30 pagi kami sudah mula ke Restoran untuk sarapan
awal pagi sebelum mendaki. Dengan berbekalkan headlamp
kami turun di waktu gelap macam tu.

Suhu waktu itu sudah mencecah ke 2 C. Ramai yang turun
bersarapan termasuklah sekumpulan anak mat saleh
yang kami jumpa di Kinabalu Park.

Keterangan dari guide membuatkan kami semua menumpukan
perhatian. Kami dikehendaki mendaki tangga kayu
dan batu sejauh 600 meter dan selepas itu barulah
berjumpa dengan tali.

pic dari fb en hamydy

Tali tidak boleh dilepaskan dan tidak boleh sampai
ke check point lebih dari pukul 5 pagi..Dengan
berbekalkan semangat kami naik.

Team kami dipotong oleh kumpulan anak mat saleh tadi. Mereka
naik dengan selamba tanpa rasa takut memijak batu dan
melawan angin sejuk.

Saya mencuba sedaya upaya menahan kesejukan angin,
keadaan gelap dan juga hujan yang mulai turun, sehinggakan
pada 1 tahap saya tidak nampak apa-apa apabila
cermin mata sudah kabur.

pic dari fb en hamydy

Sama seperti cermin kereta yang tidak menggunakan wiper pada
waktu itu. 2 kali tergelincir , terhentak tangan, lutut dan siku
tidak mematahkan semangat saya. Ditarik naik oleh salah
seorang team saya membuatkan saya berjaya naik sehinggalah
hampir sampai ke check point.

Dan sekali lagi saya tergelincir sehinggakan dagu saya mengenai
dinding batu. Masa itu Cuma sakit sedikit, mungkin kerana
suhunya hampir beku.

Yang saya bermain difikiran saya ketika itu,
adakah dagu saya patah? Kerana ianya terhentak
dengan kuat.

Alhamdullilah tali masih lagi saya pegang dan dibantu naik
oleh guide kumpulan kami. Dipimpin sehingga ke check
point yang hanya sepelaung saja dari saya.

Apa yang saya takut waktu itu adalah dagu saya akan
patah atau retak. Nasib baik tidak. Setelah nama ditanda
di check point saya disuruh masuk ke pondok guide.

Dengan keadaan yang basah lencun sehinggakan tangan
tidak dapat merasa apa-apa lagi, saya duduk dikatil.

Guide juga ada bertanya, adakah saya mahu meneruskan
perdakian yang hanya tinggal 1.7 km saja lagi?
Waktu itu saya berada di Sayat-sayat Hut yang
tingginya 3668m dari paras laut.

pic dari fb en hamydy

"Saya tidak yakin." Itu jawapan dari saya mentelah
lagi saya melihat sudah ada yang berpatah balik
apabila dinding gunung sudah menjadi seperti air
terjun.

Di waktu itu saya sudah basah lencun sehinggakan
terasa seperti keras kajung. Hendak memanaskan tangan
dengan hembusan nafas juga tidak boleh.

Selepas itu sekumpulan anak mat saleh tadi itu berasak
asak masuk ke bilik giude sehingga sesak semuanya.

Setelah menunggu hampir 1 jam, guide memanggil saya
untuk dibawa turun. Semua yang berada di dalam
bilik itu disuruh turun ke bawah sebelum air gunung
bertambah laju.

Saya dipimpin oleh guide sehingga turun ke Laban Rata.
Sewaktu naik, keadaan gelap membuatkan saya tidak takut.
Tetapi apabila turun diwaktu cerah saya terasa takut.

Sungguh curam sementelah lagi air mengalir di celah
celah batu. Memang menakutkan. Beberapa kali
saya tergelincir akibat licin.

Guide yang memegang saya tidak memakai glove pun.
Dia hanya memakai kasut crock dan tidak berstokin pun.

Dia juga berkata yang kadang-kadang dia hanya berkaki
ayam sahaja apabila memanjat sampai ke atas.


Inilah dia Guide yang menolong saya. Orang semenanjung
yang sudah 7 tahun berkerja sebagai guide, seorang duda yang
kematian isteri 6 bulan yang lalu dan mempunyai 4 orang
anak.

Semasa saya berborak dalam perjalanan turun , guide kata saya
boleh naik ke atas jika kasut saya tidak licin. Dan katanya lagi
air akan separas pinggang (mencurah dari atas ke bawah) jika
saya turun dari puncak waktu itu. Apa-apa pun keselamatan
harus diutamakan.

Keadaan cuaca memang dipantau oleh guide dan renjer.
Kita hanya akan dibenarkan naik jika keadaan waktu
itu adalah selamat untuk para pendaki.

Alhamdullilah, semasa saya sampai di laban rata, ada beberapa
orang dari team saya yang sudah sampai di bilik. Ada yang
tinggal hanya 800 meter saja untuk sampai ke puncak
tetapi tetap berpatah balik kerana hujan dan terlalu sejuk.

Dari team semenanjung hanya 4 orang yang berjaya naik ke puncak
1 lelaki dan 3 perempuan. Mereka berjaya naik kerana waktu itu
air hujan belum mencurah dinding. Dan juga semangat
yang kuat.

pic dari fb en hamydy

Team Brunei, selama 6 orang yang berjaya naik ke Puncak dan mereka
juga bergegas turun.

Cuaca mula cerah apabila masing-masing turun dari tempat penginapan
dan menuju ke Restoran.

Masing-masing sudah letih. Sempat bergambar lagi sebelum turun. Ia
lah bukan tiap-tiap tahun nak naik ke atas ni….

pic dari fb en hamydy

Kami mula turun pada pukul 11 pagi. Walaupun kaki berat
dan sakit terpaksa melangkah juga. Ada pilihan
kalau mahu. Guna teksi gunung. Teksi??

Ya, teksi. Guide akan encang kita dibelakang dan bawa kita turun. Bayarannya hanya 300.00 untuk 1km. Untuk sampai ke bawah, 6 km.
Kiralah sendiri ye…haha.

Saya adalah orang terakhir dari 21 orang yang sampai ke bawah.
4 orang guide mengikut dibelakang saya, kerana saya berjalan perlahan.

Sambung cerita lagi dengan Azwan sehinggalah keluar cerita yang saya
pernah operation 2 bulan yang lalu. Apa katanya?

"Kalau saya tahu awak pernah buat operation, saya tak benarkan awak
naik." Manalah saya tahu??

Katanya, yang pernah buat operation kalau mahu mendaki Gunung Kinabalu
hanya selepas 3 tahun operation. Jadi beringatlah ye.. Takut tempat operation tu terbukak.

Alhamdulilah, tiada apa-apa terjadi kepada saya kecuali lebam di dagu, tangan, lutut dan siku. Sampai di Timpohon gate pada pukul 4 petang…
Hujan renyai disepanjang perjalanan turun dan
saya seakan-akan fobia untuk memijak tangga batu
yang berair.

Singgah di Kinabalu Park untuk mengambil beg dan juga sijil. Sijil berwarna akan diberikan jika sampai ke Puncak dan sijil hitam putih akan diberikan jika hanya sampai ke Laban Rata.

Terus menuju ke Hotel Backpaker untuk mandi dan berehat sekejap
sebelum keluar untuk makan malam.

Saya hanya makan sedikit saja, kerana tak lalu makan dan badan
seperti dihimpit dengan lori..haha..terasa sakit sangat seluruh badan. Telan ubat dan tidur…

No comments:

Post a Comment