Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, December 24, 2011

Trip Gunung Kinabalu - last part

12 Dec

Hari terakhir berada di Kota Kinabalu. Sarapan
pagi di salah sebuah restoran tetapi tak ambik
gambar.

Berjalan kaki dari Backpaker hotel menuju ke
jeti. Kalau ikut perancangan hari tu, kami semua
akan menuju ke Pulau.

Pulau manukan yang mungkin terletak 30 minit
dari jeti. Bayarannya 20 ringgit 1 orang, sewa
peralatan snorkling 10 ringgit dan cukai 7.20 sen.


Baru 15 minit perjalanan kami, tiba-tiba enjin
bot mati. Masa tu memang terasa kecut perut apabila
melihat ombak yang besar. Bot pula sudah
terumbang-ambing melayan ombak.

Enjin bot berjaya dihidupkan dan kami kembali
ke jeti untuk menukar bot lain. Walaupun perlahan
sampai juga dengan selamat.


Dua orang wanita ini dari Kuching memang naik
sama bot dengan kami, mahu menuju ke Pulau
juga. Tetapi membatalkan hasrat apabila tiba di
jeti. Mungkin takut..

Akhirnya kami sampai di jeti Pulau Manukan
dengan selamatnya. Kononnya nak snorkling,
tapi tak nampak apa-apa pun.

Ombak yang besar membuatkan keadaan jadi
begitu. Penyudahnya hanya main ombak saja.


Pemandangannya memang cantik. Ada resort juga di situ.
Ramai perlancong yang datang. Kami berada di situ
lebih kurang 4 jam.


Semasa dalam perjalanan pulang ke darat, sekali lagi
bot kami diuji. Air masuk dari bahagian depan bot
kerana ombak yang kuat sehinggakan pengemudi sudah
terasa cuak.

Saya sendiri sudah terasa kecut walaupun di badan
masing-masing sudah tersarung jaket keselamatan.
Kalaulah ditakdirkan bot itu karam, saya tidak yakin
akan dapat berenang ke darat. Sebab masa tu badan
memang terasa sakit-sakit.haha..

Alhamdullilah. Selamat sampai. Tapi ada seorang
adik comel di kumpulan kami yang telah menghilangkan
set snorkeling yang disewa.

Dia dikehendaki membayar 100 ringgit sebagai ganti, tetapi
hanya membayar 80 ringgit kepada tukang sewa
selepas di pujuk. Pengajarannya,
sila pastikan barang yang disewa tidak dihilangkan.


Kononnya sampai di jeti, kami mahu terus
ke Bacpacker hotel untuk menukar baju dan
keluar semula untuk bershopping.

Oleh kerana hujan, kami semua terus bershopping
tanpa menukar baju. Tidak pernah dibuat orang,
bershopping dengan swimming suit..hahaha..ada aku
kesah??


Saya cuma membeli t shirt dan kuih cincin
yang dikirim oleh kawan saya. Ada juga yang
membeli ikan masin dan mutiara.

Setelah puas berjalan di Kota Kinabalu
dengan swimming suit, kami kembali ke
backpacker hotel untuk bersiap.

Pukul 7.30 malam kami bergerak ke airport
dan saya menaiki penerbangan akhir dari
Kota kinabalu airport.

Sampai rumah pukul 2 pagi.

## pict dari fb en hamydy.

No comments:

Post a Comment