Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, December 05, 2011

Hatyai, Thailand : last part

27 Nov 2011.

Kami keluar awal untuk bersarapan sebelum berkumpul
di lobi hotel pada pukul 9 pagi. Bersarapan di Kelantan restoran
jugak.

Menunya, nasi kukus, ayam goreng dan juga ulam-ulaman. Tidak
juga lupa sambal belacan yang sedap tetapi pedas sangat. Kat sini
sambal nasi lemak atau sambal tumis memang saya tak jumpa pun.


Masa yang ditunggu-tunggu pun sampai. Naik tuk-tuk. Memang
dah lama saya idamkan tapi ianya bukan roda 3. Macam van, kira
okeylah. Merasalah jugak naik.


Destinasi kami hari tu pergi ke market/ Hatyai plaza
yang tidak jauh dari Clock Tower. Bayaran untuk ke area
situ dikenakan sebanyak 20 baht 1 kepala.

Di sini, ada area yang ditandakan. Maksudnya area itu
hanya dikenakan bayaran sebanyak 20 baht sahaja. Jadi
pemandu tuk-tuk tidak boleh charge lebih la.

Masa yang diperuntukkan disini adalah 6 jam. Kerana
kawasan ini besar. Boeh tahan juga harga barangan yang
ada di situ.

Letih kaki dibuatnya. Makanan halal juga senang nak dicari.
Bahasa juga mudah kerana ada sesetengah peniaga yang tahu
berbahasa melayu.

Bertembung dengan orang kita disini. Ramai juga yang
datang dari Malaysia.

Area tempat berjualan adalah area larangan merokok. Siapa
yang merokok akan didenda 2000 baht. Setelah saya masuk dikawasan
itu baru saya dapat menganggak kenapa.


Sebab kawasan itu terlalu padat dan hanya ada lorong perjalan
kaki yang lebarnya hanya kira-kira 3 kaki saja. Kedai-kedainya
terlalu rapat. Memang sekali cucuh, akan hangus semuanya.

Setelah puas bershopping mata, singgah pula di kedai makan.
Hanya minum sahaja. Perut masih terasa kenyang.

Mengikut kata tour guide kami, destinasi selepas itu adalah
Kimyong Market. Apa yang ada di situ, saya tidak tahu. Sebab penat menjelajah disini, kami pun pulang ke Hotel.

Berehat di hotel dan hanya keluar selepas pukul 8 malam. Jalan-jalan disekitar hotel. Saya mencuba makanan gerai yang terdapat di situ.Seafod goreng adalah campuran tepung, telur, dan juga seafood. Sekali pandang macam lempeng dan dimakan dengan taugeh dan sos cili. Ok jugaklah.

Tengoklah rupa the tariknya. Air susu dibawah dan
tehnya berada di atas. Kena kacau dulu baru boleh
minum. Macam-macam stail.


Anak dara saya makan kuehtiew goreng dan juga air lai
chi kang. Yang pelik di dalam air itu adalah
campuran keledek oren.


Yang saya perhatikan, peniaga di sini banyak mengunakan/menghias
makanan mereka agar nampak menarik. Mungkin itu salah satu cara
mereka menarik pelanggan. Dan suara peniaga lelaki mereka amat
lembut.

Dah puas jalan-jalan , semasa dalam perjalanan menuju ke hotel saya
mencuba massage kaki. Mula-mula hati berbelah bagi. Maklumlah, terasa
geli apabila orang pegang kaki kita.

Puas saya ketawa apabila tak boleh tahan sehinggakan tukang picit
tu pun ketawakan saya. 200 baht selama 1 jam. Ok rasanya. Bukan kaki
saja yang dipicit, sehinggakan ke peha dan juga belakang. Memang
berbaloi.

Anak dara saya memujuk untuk naik tuk-tuk kerana dia sudah penat dan
mahu muntah. Tetapi tidak dilayan kerana hotel hanya terletak dibelakang
kedai massage sahaja.

Balik hotel, terus mandi dan makan pulut mangga yang saya beli.
Memang sedap. Disertakan dengan santan tetapi saya makan begitu saja.

Makan lagi udang goreng tepung dan anak dara saya makan hotdog panggang.
Yang saya perhatikan, orang disini suka makan benda-benda macam ni. Goreng
atau panggang. Ikan panggang, udang goreng tepung, hot dog panggang. Sotong kering bakar pun ada, nak juga cuba tapi hari terasa cuak. Jadi pandang je la.

Dalam pukul 10 malam, anak saya mula muntah. Ingatkan dia rasa loya
atau tersalah makan. Jadi suruh dia makan ubat tahan sakit yang di bawa dari rumah.

Dia cuba tidur tetapi tidak boleh. Sepanjang malam dia muntah, sambil
mengurut perut. 'Gastrik' itu yang terlintas di fikiran saya. Sudah lama
penyakit itu tidak menyerang dia.

Dia mengaduh sakit sehingga meleleh air mata. Masa itu sudah pukul
4 pagi waktu Thai. Ini tidak boleh jadi, terus telefon bilik tour guide
dan beritahu yang kami perlu bawa dia ke Hospital atau sekurang-kurangnya
ke klinik yang berhampiran.

Tak ada klinik yang 24 jam di area situ dan akhirnya kami menuju terus
ke hospital. Dengan menaiki Tuk-tuk pada pukul 4.30 pagi jalan begitu
lengang sekali. Tertunailah hajat dihatinya untuk naik Tuk-tuk
sekali lagi.

Sampai di depan hospital, dia muntah lagi. Keadaannya bertambah teruk.
Teruk menuju ke bilik rawatan dan disambut dengan muka yang masam
oleh salah seorang nurse yang ada kat situ, tetapi tanpa suara. Dia hanya
buat kerja dia saja.


Datang pula seorang nurse yang lain. Saya suka dengan suaranya dan wajahnya
begitu manis sekali. Lupa pulak nak bergambar dengan dia. Sempat juga melihat sekeliling dan snap gambar doktor yang merawat dia.


Walaupun berbahasa english, tetapi slang doktor itu membuatkan saya
sedikit pening. Nasib baik saya faham apa yang ditanya dan saya boleh
menjawabnya.

Tukang beri ubat juga bersusah payah menerangkan atur cara
makan ubat dan menerangkan apa fungsi ubat yang diberikan sehingga
memaksa dia menunjukkan ayat bahasa english yang tertera dikotak
ubat.


Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak 420 baht dan tuk-tuk 400 baht. Memang mahal bayaran untuk tuk-tuk itu tetapi pada kami ok lagi sebab waktu itu masih awal pagi dan ianya untuk pergi dan balik hospital.

Sampai di hotel, telan ubat dan anak dara saya tidur. Mengantuk sangat
dia. Mahu taknya semalaman menahan sakit. Memang ianya pengalaman
yang amat mahal.


Menjadi ibubapa, kena bersedia bila anak sakit. Tidak kira waktu, tidak
kira tempat.haha…

Keluar hotel juga pada awal pagi. Bersarapan sekali lagi di Kelantan Restoran. Saya dan en hub, makan nasi kukus lagi, tetapi anak saya sudah 'benyek'. Cuma minta roti celup telur.

Jeng-jeng..yang datang memang roti telur tapi cecahnya dengan susu
manis. Pelik bin ajaib. Tak tahu pulak saya, adakah memang itu lawannya.
Hanya 1/4 saja dimakannya dan yang lain tapau.


Bergerak keluar dari Hotel hampir pukul 10 pagi…Perjalanan pulang tidak
terasa begitu lama, sebab mata terpejam kerana keletihan.

Singgah juga di Padang Besar , Perlis. Hanya
beli anak patung yang sebesar anak saya. Dia
idamkan dari Thailand lagi.


Anak gadis ini sedang menulis perkataan
Happy B'day keatas baju yang saya tempah
untuk anak dara saya.

Berhenti banyak tempat juga untuk berehat dan kami sampai kembali
ke Shah Alam dalam pukul 11.30 malam.

Selamat sampai di rumah pada pukul 12.30 malam. Apa yang dapat saya
rumuskan, saya amat berpuas hati dengan trip saya ini walaupun terasa
letih…

pst: ada gambar yang kurang memuaskan. Tak
tahulah kenapa jadi begitu sedangkan gambar
yang ada di dalam pendrive semuanya ok je..

No comments:

Post a Comment