Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, December 29, 2011

Penghujung tahun 2011

Sekejap je rasa nak masuk tahun baru
2012. Pejam celik pejam celik dah bertambah
tua..

Apa yang anda lakukan dalam tahun ni? Apa
pencapaian yang anda dapat dan apa yang
membuatkan tahun ini berbeza dari tahun
tahun sebelumnya?

Hanya anda yang dapat menjawabnya. Hanya
anda yang kenal siapa diri anda sebenarnya.

Saya? Adalah juga yang memuaskan hati pada
tahun ini. Saya telah lakukan 7 dari 10
perkara yang saya mahu lakukan.

Insya-ALLAH, 3 lagi akan menyusul. Di bawah
ini saya bahagikan beberapa bahagian tentang
apa yang saya capai..

Keluarga:-
Tiada apa yang bertambah kecuali cucu. Saya
ni ada banyak cucu (anak dari anak saudara).
Terima sajalah, menjadi nenek di usia 'muda'.
ehem...

Kalau dari rezeki, Alhamdullilah. Tidak
kurang, lebih juga tidak. Tetapi syukur
dengan keadaan sekarang.

Kesihatan:-
Sejarah bagi saya tahun ini kerana telah
menggunakan kesemua MC pada tahun ini.
Malahan tak cukup.

Bukan sengaja ye dan bukan untuk dibanggakan
pun. Retak tangan dan juga apendix operation.

Kerja:-
Sama saja, mungkin bertambah sibuk. Kesabaran
juga semakin menipis, cuma saya cuba bertahan
semampu mungkin.

Tapi kalau tak tahan, itu yang tanpa disedari
terkeluar perkataan atau perbuatan yang tak
sepatutnya...

Insya-ALLAH, saya mahu mengubah sikap panas
baran yang 'terlampau'..hehe...

Peribadi:-

Yang manis,
Dapat melancong bersama keluarga. Alhamdullilah,
syukur dengan rezeki yang ALLAH bagi. Naik flight,
naik bas..tak ada hal.. Janji 'berjalan'.

Mendaki Gunung, juga seronok. Dapat tahu dimana
tahap keupayaan saya. Alhamdullilah, kalau ada
umur saya mahu usaha hingga sampai ke Puncak.

Yang pahit,
Retak tangan, apendix operation? Jatuh dari Gunung
sehingga lebam dagu? Semua itu saya boleh tahan lagi.

Hari pertama selepas bukak simen dan saya kena
demam panas (demam campak), sungguh membuatkan
saya tidak terdaya.

Hilang berat badan sebanyak 4kg dalam beberapa
hari benar-benar menyiksa saya. Sungguh! Saya
betul-betul insaf masa tu.

Alhamdullilah, berkat doa suami dan anak saya
pulih sedikit demi sedikit. Syukur. Itu saat yang
paling 'hebat' tahun ini.

Yang menakutkan.

Waktu mendaki tidak nampak jalan sebab
cermin mata kabur..Jadi buta sekejap.

Isi minyak kereta. Jangan gelak ye. Tapi
ini adalah hakikat. Entah kenapa saya
memang takut..Bukan dibuat-buat.

Tapi rasanya memang saya kena lawan
dan buang rasa takut itu, sebab 1 hari
nanti lambat laun kena buat sendiri
jugak.

Walau apa pun yang berlaku, pahit, manis,
kelat,tawar semua itu membuatkan saya
bertambah matang.

Ya-ALLAH, syukur alhamdullilah....

No comments:

Post a Comment