Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, December 19, 2011

Trip Gunung Kinabalu -part 2

10-Dec

Kami mula bersiap pada pukul 6.30 pagi dan berjalan
kaki menuju ke Restoran untuk memanaskan badan.

Makan dan bergelak ketawa saja sudah hampir 1 jam.
Setelah selesai kami dibekalkan dengan makan tengahari
yang perlu dibawa sendiri iaitu telur, air, sandwich dan juga
epal.

Sebelum pendakian bermula, kami perlu mengambil
pas (permit) dari guide yang dilantik.Barang yang mahu di
bawa oleh porter juga perlu diasingkan dan ditimbang.

Semua itu mesti diselesaikan di Kinabalu
Park sebelum kami dibawa menaiki van menuju
ke Timpohon Gate.


Harganya 8 ringgit 1 kilo. Bagi kami yang perempuan ni, semua
barang dimasukan ke dalam plastik hitam dan ditimbang.

Saya hanya membawa baju sejuk, glove dan juga makanan. Bila
saya naikkan di atas timbang, beratnya sudah hampir
ke 6 kg. Mak ai..

Kami di bawa ke Timpohon gate iaitu pintu masuk ke Gunung
Kinabalu. Setelah puas bergambar, bersenam sedikit kami
memulakan perjalanan.

Kumpulan kami seramai 21 orang di jaga oleh 4 orang guide.
1 perempuan dan 3 orang lelaki. Mereka tidak akan melepasi
kami sehingga kami semua tiba di Laban Rata dengan
selamatnya.


Saya memulakan perjalanan dalam pukul 9.30 pagi dan sampai
ke Laban Rata hanya pada pukul 4. 10 petang. Perdakian yang
amat mencabar diri.


Perjalanan sejauh 6 km secara menaik memang memenatkan.
Disepanjang perjalanan naik, ada juga terserempak dengan
beberapa kumpulan yang turun.


Alhamdullilah waktu itu juga hujan langsung tidak
turun walaupun angin bertiup begitu kuat.

Saya mula terasa loya apabila sudah berjalan sejauh 4 KM.
Guide yang berada dibelakang saya menyuruh saya muntah
agar saya dapat bertahan.

Dan memang benar, apabila saya muntah saya rasa seperti
selesa kerana semua telah keluar. Air minuman yang dibekalkan
juga telah habis.

Jadi dengan tawakal saya minum air yang tidak ditapis
di pondok perhentian. Alhamdullilah tidak sakit perut.

Dah puas bertongkat, dah puas merangkak dan dah puas
berehat akhirnya sampai juga di Laban rata. Tempat kami
berehat dan makan. Suhunya waktu itu 4 c.

Selepas makan di Laban Rata Resthouse kami naik
lagi ke atas menuju ke Gunting Lagadan Hut yang
berada di ketinggian 3323m dari paras laut
iaitu tempat kami tidur.

Tidur dengan 4 helai selimut, 2 helai stokin, sarung tangan,
jaket di badan dan juga tudung dikepala tidak sedikit pun
mengurangkan rasa sejuk.


Setelah menelan 2 biji panadol saya cuba melelapkan mata
keran seawal pagi esoknya, kami akan mula mendaki ke
puncak sejauh 3.7 km.

No comments:

Post a Comment