Pukul 9.30 malam. Ini bermakna ada 30 minit
lagi sebelum aku berangkat untuk berubat.
Sakit apa? Biarlah ianya menjadi misteri
kerana aku sendiri tidak dapat menjawabnya.
" Tak pergi sekolah ke?" Aku bertanya sambil
mencium dan memeluk anakku. Kurus pulak dia.
" Ibu nie, dah balik lah. Sekarang pun dah
malam bu.."
Betul jugak. Nampak sangat aku terlalu mengelamun.
Sehingga tidak sedar waktu berlalu.
" Ok, dah pukul 10 malam. Mari kita pergi ramai-ramai" Entah
suara siapa yang menjerit waktu itu. Memang aku tak tahu.
Berlari-lari anak aku menuju ke dalam hutan. Tempatnya
aku tak pasti. Yang aku pasti, semakin ramai orang
yang menggunakan jalan yang sama.
Mungkin mahu menuju ke arah yang sama, sehinggakan
aku tertinggal di belakang.
"I want to go first.." Aku meminta kebenaran untuk melepasi
kumpulan dari Korea. Terangguk-angguk mamat korea itu, sedangkan
aku sudah berlari anak.
Setelah sampai tempat yang dituju, orang sudah ramai.
Seolah-olah kenduri kahwin. Tetapi cuma diterangi
oleh jamung dan juga pelita.
Rawatan di mulakan. Aku dirawat dan di bantu oleh anakku.
Tangan aku hulurkan ke dalam mulutnya, sementara
dia menggigit sehingga ke luar darah.
Hanya sedikit darah yang keluar pada mulanya, sambil
aku menyeringai kesakitan. Tetapi masih bertahan lagi.
Mata anakku sudah merah menyala, taringnya sudah
terkeluar. Dia bukan dia, seolah-olah benda lain.
Aku mula memuntahkan apa yang ada. Dan yang peliknya
bukan muntah biasa. Berbentuk-bentuk seperti telur
ikan, atau pun bentuk jantung..Ah, susah benar mahu
menggambarkan keadaannya.
Tekak semakin meloya, apabila apa yang keluar tadi
menjadi satapan orang yang ada di situ. Siap boleh
agih-agih lagi dan mereka makan dengan penuh gelojoh.
Terasa ngeri apabila seorang perempuan yang separuh umur,
dengan memakai baju kurung kedah, duduk bersimpuh, dan hanya
memakai scarf rambut memandang aku sambil mulutnya
penuh dengan kesan darah.
Ah, lambat benar rasanya masa berlalu. Kenapa hari tidak
cepat siang. Kenapa aku perlu berada di sini.
Tiba- tiba semua orang duduk. Semua mata merenung
ke satu arah, termasuk aku. Sunyi seketika keadaan yang bising tadi.
Ada 8 orang penari yang lelakinya memakai baju hitam.
Perempuannya memakai baju hijau dan juga bertudung.
ketawa sesama sendiri, sambil memilih pasangan.
Tangan di ayun berserta dengan senyuman.
Kring…. Jam loceng membuatkan saya terjaga. Alhamdullilah,
Ianya cuma mimpi…Ngeri.
Yang pastinya, mimpi ini bersambung. Entah berapa kali saya
terjaga dan berpusing kedudukan semasa tidur, tetapi mimpi
ini tetap bersambung……sehinggalah jam loceng saya
berbunyi…
Apa maknanya, tak tahulah saya. Yang pastinya perut saya
terasa sakit sehingga sekarang dan benar-benar rasa tidak
selesa.
Hmm... ada sesuatu yang masuk ke perut tu selain daripada makanan...
ReplyDeleteapa tu?? sampai hari ni masih sakit lagi..tak pasti kenapa..
ReplyDeleteboleh pulak comment...selalu tu entah apa kenanya..jangan ingat saya sombong tak nak balas komen ye..
ReplyDeleteKak, malam tadi kita pun sakit peyut tau...
ReplyDeletesampai ke pagi kepala migrain.
rasa2nya satu malaysia sakit perut la..