Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, December 02, 2011

Hatyai, Thailand : part 2

Sampai di Hotel tepat pukul 12 tengahari. Terus
check in dan keadaan hotelnya boleh dikatakan
memuaskan hati jugalah. Siap ada bathtab lagi..


Sebelum tu, tour guide sudah berpesan agar berjumpa
di lobi Hotel dalam pukul 2 petang waktu Malaysia. Jadi
kami ada masa selama 2 jam untuk berehat setelah
beberapa jam duduk di dalam bas.

Untuk pengetahuan semua, masa di Thailand adalah
lewat 1 jam dari kita. Thailand sama waktu dengan
Indonesia.

Setelah semuanya berkumpul kami, destinasi pertama
kami adalah Nora Plaza. Macam-macam benda yang
ada kat sini. Tour guide kami ada juga memberitahu
yang barangan di sini agak mahal. Kami juga dibekalkan
kupon sebanyak 20 % seorang.


Masa yang diperuntukan di sini hanya 1 jam saja,
tetapi kami 3 beranak adalah orang yang paling
akhir sekali menaiki bas. Terasa malu pula walaupun
waktu 1 jam itu masih berbaki selama 15 minit.

Destinasi kedua kami pada hari itu adalah Kilang
kacang. Tidak pula saya tahu, nama sebenarnya kerana
yang ada hanya tulisan cacing kerawit (tulisan thai)
di papan tanda.


Segala macam benda makanan ada di sini. Saya Cuma
cari benda yang pelik-pelik. Banyak jugaklah habis
duit di sini.

Senang saja nak convert duit kita dengan duit Thai.
Kalau duit kita 10 ringgit, duit diaorang 100 baht.
Tambah je 1 kosong kat belakang tu..

Kami sampai di Shamila Beach dalam pukul 5 petang dan masa yang
diperuntukkan hanya 1/2 jam saja. Punyalah laju saya berjalan
kerana tidak mahu menjadi keluarga terakhir yang pulang ke bas.

Yang menarik kat sini adalah patung ikan duyungnya. Tetapi saya
hanya berada di pantai sahaja. Jika hendak menyentuh patung
itu, kena memanjat sedikit batu.


Orang pula masa itu terlalu ramai, jadi ambik gambar dari
pantai saja. Dan lekas-lekas meninggalkan patung itu.

Seorang penjual wanita saya hampiri apabila melihat
dia membawa telur bakar. 3 biji dengan harga 20 baht.
Di sertakan dengan sos cilinya juga.


Ada banyak kedai yang menjual cenderamata di sepanjang
pantai, begitu juga makanan. Anak dara saya sudah menarik
muka apabila melihat makanan yang dijual.

Tetapi saya terus berjalan meninggalkan gerai
makanan yang ada di situ. Tanda peniaga Islam
adalah memakai tudung. Itu pesanan tour guide
kami. Cuak apabila melihat makanan yang dijual.

Kebanyakan peniaga di pantai ini, tahu berbahasa
melayu sedikit dan tahu juga berbahasa English. Jadi
komunikasi antara kami memang tiada masalah.

Akhirnya dihujung perjalanan, ada sebuah gerai yang menjual
makanan dan peniaganya bertudung. Itu tanda makanan yang
dijual adalah halal.

Cabaran pun bermula apabila saya bertanya, berapa harga yang
perlu dibayar apabila penjual itu hanya tahu berbahasa Thai.
Jari dia menunjukkan tanda 1 tetapi masih ada lagi ayat
dibelakangnya.

Penyudahnya saya bagi 500 bath dan di memulangkan baki
sebanyak 380 bath. Habis cerita. Terasa seperti bercakap
antara ayam dan itik.haha.

Kami keluarga pertama yang sampai di bas. Perut yang lapar
menjadikan makanan yang dibeli tadi, habis licin.

Bersambung..

No comments:

Post a Comment