Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, November 02, 2010

trend

Ahad sudah, saya pergi ke rumah saudara kahwin di Senawang. Besar angkatannya.
200kg beras basmathi habis digunakan. Nasi dan lauknya memang sedap. Macam
mana saya tahu berapa banyak beras yang digunakan? Sebab yang tukang masaknya
adalah ipar duai dan sepupu sepapat saya.

Trend kenduri kahwin sekarang ni, memang macam-macam eh.. Siap ada tema, siap
ada beg kertas juga. Yang saya pergi nie, temanya hijau. Semuanya hijau. Dari pelaminnya, dari baju pengantinya, dari bekas telurnya dan air minumannya juga hijau.





Hadiah;-



Kenapa pulak ada hamper nie? a...itulah trend orang kahwin la nie..ada cabutan bertuah, ada game lagi. Kelakar sungguh. Permainannya macam ni, bila deejay sebut barang tu, para hadirin kena datang bawak barang yang di sebut.

Contohnya:
" Bawakkan saya selipar putus." Kata deejay. Berlarilah tetamu mencari selipar putus.

Cawan pecah, centong nasi, periuk besar, sampin yang dipakai oleh bapak pengantin, tangan yang bersabun dan berminyak dan macam-macam lagi. Saya jadi tukang gelak je..

Agak-agaknya dalam 10 tahun akan datang, ada tak lagi orang yang pergi kenduri
kahwin pakai baju kurung atau baju kebaya ataupun jubah? Sebab trend zaman
sekarang ada orang pergi orang kahwin pakai baju seperti mahu pergi membeli belah dan ada juga macam mahu ke pantai je... Macam-macam adaaaaaa.

No comments:

Post a Comment