Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, November 01, 2010

Senario LCCT



Ini kawan baik saya. Kalau pasal buku, memang kami akan bekerja sama. Kalau
ada offer ke, pesta buku ke atau dia atau saya ke kedai buku mesti kami calling
calling.

Hari Jumaat lepas, kami pun pergilah keluar makan.Tak jauh pun kat LCCT je. Dengar
macam standard je, ye tak. Makan kat Airport tu..Padahal memang LCCT tu
jiran kami kat sini. Kiranya jiran depan rumah la.



Makan punya makan, tibalah waktu balik. Carilah tiket nak bayar paking. Cari punya cari tak jumpa. Berlari lah kakak ni pergi cari kat meja MD. Kut tercicir masa sembang-sembang tadi.Tak jumpa jugak.



Puas juga dia bukak beg dia 3 4 kali. Tak jumpa. Macam mana ni? Dah tentu kena
denda punya. Sabar kata saya.

Penyudahnya dia duduk, dan bukak balik beg dia. Selak satu persatu. Baru jumpa.
Terkekeh-kekeh kami ketawa. Itulah dia, bila kelam kabut semua tak betul jadinya.

No comments:

Post a Comment