Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, November 12, 2010

Rumahku syurgaku.

Dirumah inilah saya dibesarkan sehingga berumur 21 tahun. Dulunya rumah
ini tidaklah seuzur ini. Gambar ini saya ambil semasa di dalam kereta.



Warnanya kuning air, begitu juga di bahagian dalamnya. Ruang dapur yang luas
dan ada beranda di bahagian tepi juga. Tetapi sekarang ini tinggal sekerat
sahaja.



Rumah yang dibina sendiri oleh arwah abah dan abang-abang saya. Teguh sehingga
kini walaupun ini saja yang tinggal.

Dirumah ini terlalu banyak kenangan yang masih kuat melekat diingatan
saya, bahkan dari dulu lagi rumah ini yang selalu muncul di mimpi saya.

Arwah abah saya meninggal di sini, emak saya berpantang semasa adik saya meninggal (2 orang)juga di rumah ini. Saya juga bernikah dan bersanding di sini.

Tetapi kini hanya tinggal kenangan. Mungkin ini memang rumah kami tetapi
tidak tanahnya. Kalaulah boleh ditukar dengan wang ringgit, sudah lama rasanya
ia tetap milik kami.

Tetapi yang empunya tanah hanya mahu tanah tidak mahu duit kerana mereka
sememangnya berduit.

Tidak mengapalah. Lambat laun masing-masing juga akan mempunyai tanah sendiri
iaitu tanah kubur. Tetap akan diberi walaupun tidak mahu. Betul kan...

1 comment:

  1. rin rumah ini,. i pon pnnh duduk rumh ni jugk kak anye,. mase tngktn empt,. pindh angkot brng sume sendri,. sewe dngn ape name orng tue tu,. dh meninggal pon,.

    ReplyDelete