Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Monday, October 18, 2010
Kita hanya merancang...
15 October - Jumaat
Saya mendapat panggilan dari suami yang mengatakan anak sakit (anak saya memang hafal no tel suami). Terus saya telefon Taska, tempat dia transit sementara menunggu hendak ke sekolah petang.
"Ibu, Nurul sakit perut."
"Sakit macam mana?"
"Macam pergi Hospital."
Seriau rasanya bila dia mengatakan sakit macam pergi Hospital. Itu menandakan yang dia sakit teruk. Nanti saya ceritakan kemudian.
Terus saya meminta kebenaran balik. waktu itu pukul 12.15 tengahari. Memandu secepat mungkin dan terus bawa dia ke Klinik. Keadaannya waktu itu teruk. Rupanya semasa dia di sekolah, dia sudah muntah-muntah dan cirit birit yang teruk. Doktor yang bertugas mengatakan dia baru mahu kena 'gastrik'.
Makan ubat yang diberi tidak mendatang apa-apa kesan kepadanya. Saya telefon balik klinik itu dan memberitahu keadaan dia. Saya meminta kebenaran untuk memberinya ubat
gastrik yang berada di dalam simpanan. Semasa itu anak saya berada di dalam keadaan sakit dan perutnya kembung. Sakit hendak berak tetapi tidak boleh berak dan kentut.
" Dalam masa 1 jam, kalau tak ok terus bawak pergi Hospital." Itu kata Doktor.
Alhamdullilah, anak saya terus tidur. Sesekali dia mengerang.
16 October - Sabtu
Perutnya masih sakit. Tidak berubah walaupun sedikit. Cirit birit masih berlaku tetapi tidak muntah. Saya bagi makan lagi ubat, dan tunggu selama 4 jam.
Sakit dan cirit birit masih berterusan. Terus kami bawa dia pergi Hospital Serdang. Menunggu selama 2 jam sebelum dapat berjumpa doktor. Tak tahulah nak cakap macam mana..Letih, penat, bosan dan macam-macam perasaan lagi. Anak pun mula merengek..
Doktor kata dia kena keracunan makanan. Tukar kepada ubat lain dan dia berehat. Sehingga ke malam, sakit tidak hilang. Tidur juga tidak lena. Saya bertambah susah hati.
17 October - Ahad
Tidak kemana-mana. Rancangan mahu ke Batu pahat, batal (anak buah nikah). Risau
dengan keadaan anak....
Alhamdullilah, menjelang petang dia sihat...Lega rasanya.
##Pada saya, biar saya sakit, tetapi jangan anak sakit. Kalau anak sakit, kita juga akan sakit. Dengan susah hatinya, dengan tak cukup tidurnya... Macam itulah emak kita rasa, masa kita sakit dulu agaknya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment