Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, October 28, 2010

Dulu-dulu punya

Kadang-kadang, bila kita terpandangkan sesuatu benda itu, kita akan teringat
sesuatu. Ini kerana kita merasa 'duduk' di dalam zaman itu.

Dapur minyak tanah.



Emak saya pernah menggunakan dapur ini. Saya juga. Guna minyak tanah atau dulunya saya panggil minyak'gas'. Diisi dalam botol kaca dan di telungkupkan ke tempatnya. Saya suka tengok minyak itu turun. Gulp! gulp! bunyinya. Kadang-kadang sumbunya tersumbat. Apa lagi jelagalah dapur. Keliling periuk jadi hitam sebab jelaga dan silap-silap masakkan juga berbau minyak tanah. Entah ada lagi ke tidak dapur ni.

Permainan senapang.



Di kampung saya dulu, permainannya bermusim. Kalau main getah, semua budak akan main.Begitu juga dengan guli, galah panjang, senapang, lastik, layang-layang dan macam-macam lagi.

Peluru untuk senapang ni, selalunya terung kecil tu. Kalau saya dipanggil terung pipit. Kat kampung kan berlambak. Sekarang ni, kalau nak makan dah kena beli ye tak.Sakit kalau kena tembak tu. Perit rasanya. Budak zaman sekarang mungkin tak kenal dengan benda ni.

Permainan tikam-tikam.



Bukan dengan pisau tau, tapi dengan yang ini. Sekali tikam 10 sen. Cabut satu dan bukak. Tengok gambar apa yang keluar. Di setiap gambar tu, tertera lah nilai duit. Paling tinggi pun 1 seringit. Dan saya selalunya tak kena...Rugi duit je.


Buku sejarah.



Dulu-dulu punya buku sejarah darjah lima. Tak besar sangatkan.



Pernah tengok kawan-kawan pakai beg ini. Butangnya perlu diputar untuk membukanya.

No comments:

Post a Comment