Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, October 05, 2010

Beli tanah



(yang pakai tudung oren kakak no 2, yang disebelahnya itu kakak no 1)

Dua minggu selepas raya, kakak saya yang dua orang tu datang ke rumah
dengan membawa keluarga masing-masing. Kakak yang pertama, baru menambah bahagian
dapur di rumahnya. Kira dapur raya lah ni. Tanah suaminya besar. Kiranya boleh tambah 4
buah rumah lagi di bahagian tepi rumah.

Saya dengan berseloroh pun berkata " Orang pun nak beli tanah." Rupa-rupanya kakak dan
anak saudara saya betul-betul ingat saya nak beli tanah.

Semalam saya menelefon adik saya, dia bertanya saya tentang tanah itu. Betulkah saya nak
beli tanah? Dekat mana? Dia bertanya saya di dalam gelak.Dia mendapat berita itu dari
abang saya yang mengatakan saya telah menjadi Arwah Sosilawati. Telah menjadi kaya
dan mampu membeli tanah. Berita itu telah tersebar luas rupanya.

Ha..ha.. Kelakar sungguh saya rasa masa tu. " Betul. Dah beli dah. 2 kampit, untuk tanam
bunga." Adik saya punya gelak, tak ingat. Rupa-rupanya gurauan saya itu, dianggap serius.

Memang dalam hati, teringin ada tanah sendiri. Boleh buat rumah, tak nak besar-besar.
Cukup untuk saya suami isteri dan anak. Kalau boleh rumah papan, macam orang dulu-dulu.
Dan saya nak buat loteng bawah tanah juga.Macam dalam cerita orang putih tu..
Keliling rumah ternak arnab banyak-banyak. Tanam pokok buah banyak-banyak.Bangun pagi
boleh hidu udara segar dari keliling pokok.

Entah tercapai entahkan tidak. Sebabnya encik abang saya tak mahu duduk kampung. Mati
kutu katanya. Tak biasa sunyi-sunyi nie..

No comments:

Post a Comment