Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, June 29, 2011

pakej 5 serangkai.

Esok hari bukak simen. Harapan saya biarlah
hari ni menjadi hari terakhir saya mengendong
simen nie..dah tak larat dah...

Sudah 4 hari saya demam, sakit kepala. Kena sakit
mata juga, bersambung dengan batuk yang
teruk sehinggakan berdengking bunyinya. Hari
ni dapat pulak selsema....mabuk ubat jadinya.

Saya sudah benar-benar tak berdaya. Dapur
pun tak berasap, sebab tak larat...Sebelum nie
walau dengan tangan sebelah, saya masak juga.
Tekak tak lalu nak makan makanan luar. La ni
terpaksalah..

Tuesday, June 21, 2011

perjalanan sang kucing


Semasa saya kecil tiada seekor kucing pun
di rumah saya walaupun saya begitu teringin
memilikinya.

Tetapi pada satu hari rumah saya di datangi oleh
seekor kucing yang sedang bunting dan sejak
itu, rumah saya sudah bertambah penghuninya.

Saya sayangkan anak-anak kucing sehinggalah
berlakunya satu tragedi. Orang dulu-dulu kan
suka menjadikan pakaian lama sebagai alas
kaki. Dan anak kucing juga suka menyusup masuk
dan menjadikan alas kaki itu sebagai tempat
berehat mereka.

Datang saya ni pulak, tak nampak anak kucing
yang sedang berehat. Apalagi... Saya terpijak
mulut anak kucing dan akibatnya anak kucing
itu mati.

Masa tu saya menangis tak ingat. Dan sejak
itu, saya kurang suka pada kucing. Ia, emak
saya masih bela dan saya masih memberinya makan
lagi, tetapi tidak memanjakannya.

Sehinggalah saya berkahwin saya jadi geli
pada kucing. Tidak diketahui sebabnya. Sehinggakan
bila saya ada anak, anak saya takut pada kucing.

Selalu terkejut dan demam sebab terperanjat dengan
kucing.

Sehinggalah datang seekor kucing bunting ke rumah
yang saya duduki sekarang ni. Bila diberi makan, dia
'melekat' sehinggalah bercucu, bercicit....Ada yang
tak balik-balik.

Sekarang, yang ada hanya 4 ekor saja termasuk
King (gambar kat atas tu)..Tak tau berapa lama
dia akan duduk dengan kami, sebab dia belum jumpa
cinta hati dia lagi...

pst: mengah bila semuanya menggunakan tangan kiri.

Friday, June 17, 2011

Gatal malam jumaat dan....

Gatal, memang gatal.Entah kenapa merenyamnya
malam tadi bukan main lagi.

Nak tak nak kena jolok. Lidi yang jadi
mangsa. Fuh! Lega.

Emak saya kata, kalau gatal, itu tandanya
nak elok. Memanglah bagus kalau gatal selalu
tapi bab nak menggarunya yang letih.

Cuba tengok.....Seksa sungguh, tapi nikmat!


Tengahari semalam member office yang
perempuan dan termasuk bos saya datang melawat.
Dapatlah autograph.Bukan senang nak dapatkann.
Tu yang nak tepek kat sini. Buat kenangan.

Wednesday, June 15, 2011

Buka tutup

Apa yang buka, apa yang tutupnya? Macam-
macam.

Buka tv, tutup tv.

Buka laptop, tutup laptop.

Buka buku, tutup buku...

Buka mata, tutup mata sebab mengantuk makan
ubat.

Buka pintu bila anak balik sekolah, tutup
balik bila dia pergi sekolah petang pulak.

Sanggup ke saya bertahan untuk 3 minggu ni?haha..

Monday, June 13, 2011

Kidal sekejap

Semalam macam biasa pergi berenang.Tetapi
saya rasa waktu berjalan terlalu perlahan.

Berkali-kali saya ajak anak dara balik,
tetapi dia tidak mahu. Kami cuma keluar
sewaktu masa hanya tinggal 10 minit
sahaja.

Bilik mandi sudah penuh. Kena tunggu. Terdetik
di dalam hati yang saya tidak mahu membilas.
Sebab nanti sampai rumah saya akan mandi
lagi. Tetapi saya tetap masuk bilik mandi
apabila penghuni sebelumnya telah keluar.
Anak saya berada di sebelah.

Hendak dijadikan cerita, semasa saya pakai
baju, bedebuk...macam nangka busuk da...

Alhamdullilah, kepala saya tidak terhantu.Tetapi
malangnya saya menahan dengan tangan...Cuba teka
apa yang terjadi.....

v

v

v

v

v

v

v




Sudah saya agak beginilah jadinya, kerana
saya tidak dapat memegang kunci kereta pun
semalam.

Start enjin menggunakan tangan kiri. Memandu
juga dengan sebelah tangan.Alhamdullilah
kereta jenis auto dan power stering.

Lengan saya retak macam huruf M. Saya mintak
kat doktor nak tengok gambar x raynya...

Semasa doktor pasang simen, saya tanya kat
doktor selalunya kalau kes macam ni, berapa
lama kena simen ni? 60 hari...katanya.

La ni jadi SURI dalam rumah selama 3 minggu.
Hujung bulan bukak simen dan x ray lagi
sekali....

Tunggu dan lihat.

Friday, June 10, 2011

36 tahun 1 hari

Apa tu? Itulah umur saya hari ni. Entah pukul
berapa saya dilahirkan, saya pun tak ingat. Entah
di mana agaknya surat beranak saya letakkan.

Dan yang pastinya saya tahu, saya dilahirkan
melalui tingkap ataupun pembedahan. Kenapa saya
dilahirkan melalui tingkap sedangkan abang dan
adik-adik saya yang lain mengikut pintu?

Ada ceritanya.Mengikut kata emak saya, semasa
saya di dalam perut, emak saya ada melihat
perayaan Thaipusam ataupun wel-wel.

Semasa sedang leka melihat emak saya telah
ditegur oleh seorang aci ni. Katanya tak elok
tengok, tapi emak saya tetap tak berganjak.

Bila malam emak saya mengalami tumpah darah yang
teruk dan akhirnya Hospital pergi.. Eh, terbalik
sudah bahasanya..hehehe..

Jadilah emak saya penghuni Hospital Besar Kuala
Lumpur. Tapi tak tahulah untuk berapa lama. Dan
akhirnya menangislah seorang bayi perempuan
setelah di keluarkan ikut tingkap..

Sadis sungguh ceritanya..

'Alhamdullilah. Syukur kerana saya masih
bernafas setelah 36 tahun..'

Thursday, June 09, 2011

Medan

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya naik
kapal terbang. Kalau tengok dari bawah memang
selalulah. Setiap apa yang kita lakukan, mesti
ada kali pertamanya.

Destinasi pertama adalah Medan, Indonesia. Cewah..
macam banyak je tempat lagi yang nak pergi lepas
nie.. Insya-ALLAH.

day 1
Hari Jumaat - 3 June flightnya pukul 9.45 malam. Masuk
kat tempat menunggu tu dalam pukul 8.50 malam rasanya.

Hanya 3 keluarga saja yang pergi. Kiranya 3 ayah, 3 ibu
dan 3 anak saja. Anak-anak semuanya perempuan.

Tunggu punya tunggu, ini budak sudah nampak maggie.
Terpaksalah emaknya melayan. Nie orang semua dah bangun
beratur, dia masih makan maggie lagi.


Perasaan saya biasa saja bila masuk dalam perut kapal
terbang. Nak kata teruja tidaklah sampai macam tu sekali.
Dapat pulak duduk satu baris dengan anak dan en hub.
Jenuhlah sepasang telinga saya mendengar komen anak
ngan bapak.. Maklumlah masing-masing juga baru pertama
kali naik.

Sampai Medan aiport dalam pukul 9.30 malam juga ( waktu
indonesia). Tak sampai 1 jam dah sampai. En hub tengah
belum habis isi 3 borang untuk masuk ke indonesia lagi..

Nampak tak Imigresen yang ada di hujung tu. Nampak
mukanya keletihan dan mungkin juga dia sememangnya
begitu. Takut saya melihatnya. Terasa macam nak makan
orang pun ada. Nasib baik saya bukan di line tu..


Keluar dari pintu airport, masing-masing tercari kelibat
supir yang sepatutnya mengambil kami. Tak nampak muka,
jadi kami menunggu sekejap. Ada juga yang cuba mengambil
kesempatan ke atas kami dengan mengatakan hotel yang kami
tempah itu, selalunya tidak menyediakan pengangkutan
dari airport ke hotel.

Salah seorang rombongan kami meminta tolong dengan
staf air asia yang berada di airport untuk menelefon
hotel. Tidak lama kemudian muncullah supir yang
ditugaskan mengambil kami. Rupanya dia memang
ada di situ, Cuma kami tidak nampak.

Telinga kami di jeritkan dengan bunyi hon dari para
pemandu jalan raya. Rupanya semua pemandu memang
menggunakan hon untuk berkomunikasi. Kalau tengok
supir itu memandu memang menakutkan. Jarak kenderaan yang
terlalu dekat, membuatkan kami takut. Iyalah, kitakan
pemandu yang berhemah..cewah…

Pada anggapan saya, jika pemandu membunyikan hon
dua kali 'pin-pin' seolah-olah meminta pemandu
lain memberi laluan dan juga memberitahu
yang mereka ada berdekatan.

Dan masing-masing seolah -olah sudah maklum. Terus
memberi jalan. Kalau kat Malaysia, dah kena sumpah serah.
Silap-silap kena 'parang'.

Dalam 15 minit perjalanan, sampailah hotel yang kami
tempah di Grand Sakura. Tempahan secara online telah
dibuat di Malaysia, tetapi bayarannya belum lagi.
Terdapat system error semasa 'chin Nee' mahu membuat
pembayaran. Jadi kami di kehendaki membayar di
reception hotel.


Terjadilah perkara yang kelakar. Semasa pekerja hotel
memulangkan wang baki, masing-masing berkerut dahi,
kerana ternyata ianya tidak mencukupi.
Ada lagi 640 rupiah tidak dipulangkan. Pekerja hotel
pun berkata begini, " maaf buk, ngak ada wang kecilnya."

Saya tidak berpuas hatilah kiranya. 640 dikalikan dengan 3,
kiranya banyak tu, dalam fikiran saya. Siap keluar
kalkulator lagi, dan kira dengan sesungguhnya. Nak tahu
berapa bakinya jika ditukarkan dengan Rinngit Malaysia?
60 sen je…Hahaha..masing-masing gelak tak ingat..

Naik hotel, mandi dan tidur.

Day 2

Sarapan di hotel telah termasuk dengan harga bilik.
Makanan yang ringkas dan sedap.

Supir yang kami tempah dari Malaysia juga telah sedia
menunggu. Kiranya gerak dalam pukul 8 juga. Mengikut
kata supir tu dari Medan ke Lake Toba mengambil masa
dalam 5 jam perjalanan.

" Mau makan Roti kacang?" Pertanyaan supir membuatkan
kami tercengang-cengang. Dalam hati saya berkata juga,
roti kacang kat Malaysia pun banyak. Apalah supir ni.

Setelah dia berhenti di satu bangunan kedai, yang
encik hero-encik hero tadi semua keluar. Layan jelah
supir ni. Rupanya-rupanya biskut kacang. Kat situ
mereka panggil 'Roti'. Memang sedap, sebab ianya fresh.
Yang kami makan itu masih terasa suamnya.


Perjalanan diteruskan. Pak supir membawa kami ke satu
tempat yang di gelar Teng-teng (rumah kedai). Apa yang
dijual? Lebih kepada makanan ringan - bepang, biskut
bijan dan segala mak nenek. Saya tak beli pun.
Cuci mata je.


Perjalan ke Lake Toba diteruskan lagi melalui Prapat.
Yang saya perhatikan sepanjang jalan, mereka suka bertani.
Kacang tanah, jagung dan padi sememangnya di tanam
di sepanjang perjalanan. Dan saya tidak nampak
pun masjid atau surau di situ. Yang ada hanya Gereja.

Dan sekali lagi hero-hero yang ada di dalam van itu
turun termasuklah pak supirnya. Tetapi kali ni bukan
untuk membeli-belah, cuma menabur budi meolong tolak
van yang rosak ke tepi.


Setelah puas duduk di dalam van dengan jalan yang
lebih mencabar dari bukit putus, kami pun sampai
di Lake Toba dalam pukul 1 lebih. Perut sudah lapar
dan kami di bawa ke satu kedai makan Minang.

Pada saya makanannya sedap. 10 orang makan kami kena bayar
300000 Rupiah ( kiranya 110.00 duit malaysia).


Setelah perut kenyang, masing-masing sibuk bergambar.
Tasiknya memang besar dan cantik.

Pulau Samosir kami terjahi dengan menaiki bot laju.
Bayar 600000 Rupiah untuk satu bot ( RM 20.00 untuk
pergi dan balik - 1 orang).

Apa yang ada? Tempat shopping. Macam-macam ada.
Beli jugalah untuk buat kenangan.


Semasa mahu menaiki bot di jeti, saya telah diserbu
oleh seorang peniaga kacang rebus dan juga seorang
perempuan tua. Mereka berdua memujuk saya membeli
kacang rebus, tetapi saya menolak.

"Bapak, ibunya ngak mahu beli…" Berlari pulak penjual
berdua itu ke arah suami saya. Rupa-rupanya suami
saya suruh penjual itu pergi dekat saya. Bila suami
kata beli, saya pun belilah. Beli kerana terpaksalah
kiranya. Kalau ikut saya 'NO' je…



Kami meninggalkan lake toba diiringi dengan hujan
lebat. Menuju pula ke air terjun Piso-piso. Perjalan
yang mengambil masa 2 jam memang memenatkan. Hujan
bertambah lebat. Sesekali terasa ngeri juga bila memikirkan
van yang kami naiki terpaksa lalu dilereng-lereng gunung.

Hampir pukul 6 petang, kami sampai di air terjun piso-piso.
Sejuknya ya amat. Rasanya kalau duduk dalam peti sejuk
pun tak sejuk macam tu (macam pernah duduk dalam peti
sejuk pulak!).hehehe…


En hub tak turun kerana sakit kepala terkena hujan.
Rasa macam tak nak turun juga, tapi redah je dalam
hujan sebab bukannya tiap-tiap tahun nak datang kat
situ. Alang-alang dah sampai, basah pun basah la…

Makan malam kami di Brastagi. Sepanjang jalan ke
sana kami tak nampak apa-apa. Gelap gelita, ditambah
dengan bunyi hon sedikit memeningkan kepala.

Pak supir mencadangkan kami minum sejenis teh yang
dipanggil teh bandrek. Pernah makan kek lapis
yang berempah tu? Mengikut kata kawan saya begitulah
rasa teh itu. Hahaha..

Saya Cuma makan nasi goreng dengan telur mata sapi.
Sedap dan semasa makanan di hantar ada disediakan
keropok, cili api kecil dan juga bawang merah kecil.
Kiranya kalau ada belacan dah boleh
buat sambal belacan dah tu.. Style mereka.


En hub dan anak saya makan mee sup. Mee nya
pulak macam maggie. Kerinting-kerinting…Macam
rambut ' aina shepia; pun ada.
( Aina jangan marah..pin-pin..)

Sampai kembali ke hotel, hampir pukul 11.30
malam (waktu depa). Mandi dan tidur.

day 3

Sarapan yang sama saya makan. Ada juga makanan
lain, tetapi saya sukakan nasi gorengnya.

Keluar dari hotel pukul 10.00 pagi. Pak supir membawa
kami ke satu pasar tetapi saya tidak pasti di mana
dan apa nama tempatnya. Macam-macam yang ada di jual di situ.

Telekung, baju, jubah, tudung dan macam-macam
lagi sememangnya menarik perhatian orang yang suka
'shopping'. Tak lama kami disitu.



Nampak tak kepala 2 budak botak tu? Ipin dan Upin
memang terkenal di Indonesia. Entah ada sambutan
apa kat Plaza medan ni, saya pun tak tahu. Cuci mata juga.



Makan tengahari kami hari tu adalah di restoran
kapau Umi. Kalau kat Malaysia, kapau itu bererti
bersepah. Baru nak duduk makanan dah sampai. Adalah
dekat 10 lauk yang dihidangkan kat kami. Tapi
ada juga yang kami tolak, seperti otak lembu
masak lemak cili api dan juga perut tenusu masak kari.
Tak biasa makan.


(cashier)

(tabung derma) sekali pandang, bunyinya lain macam.

Kalau tak nak makan, jangan diusik. Letak saja tepi
hidangan itu. Jadi ianya tidak akan di kira. Belaja
makan 300000 Rupiah. Kat Medan nie, masing-masing jadi
OKB. Main ribu-ribu je…hehehe..
Lagi satu, kita duduk je dia orang dah hidangkan 1 mangkuk
air basuh tangan setiap seorang..kat Malaysia tak ada kan..

Pak supir membawa kami ke Wildlife International Museum.
Sejuk je tempatnya. Ada macam-macam binatang yang telah
diawetkan kat situ. Tak ada bau pun. Memang sesuai dan
cantik. Anak-anak juga gembira.

Siapa terima rasuah kena tangkap.

Pintu masuk Galeri.




Istana Maimun kami lawati. Ramai juga pengunjung
masa tu. Hari juga sudah mahu hujan.Kepala saya
sudah berdenyut-denyut. Capai panadol dan ubat
migrain. Telan.



Singgah pula di Masjid Maimun. Masjid lama. Cantik
senibinanya. Hujan mencurah dengan lebatnya. Apalagi,
sekali lagi mandi hujan.



'Ooo.. Cantiknya…bla..bla..' Telinga saya tidak dapat
menangkap apa yang diborak dan diceritakan oleh penghuni
van. Saya sudah overdose.
Terlebih sudah. Yang pastinya van yang kami naiki
singgah di satu tokong yang besar. Hero dan kawan
china kami pergilah melawat tokong.

Sekadar mengambil hati kawan-kawan. Ia lah, tadi
mereka masuk masjid, siap pakai tudung lagi.. La nie
giliran kami pula..


Sebelum kembali semula ke medan airport, singgah
dulu kat Sogo Medan. Apa yang menarik? Macam-macam
ada. Dan saya seperti berada di awangan bila nampak
buku. Itu yang menarik perhatian saya, dan saya
sempat capai 6 buah buku dengan harga 92800.00
( tak sampai pun RM 30.00).

Sampai di airport, setiap orang dikenakan
bayaran cukai sebanyak 75000 Rupiah. Bayar je
lah. Janji dapat balik Malaysia.

Semasa di medan airport, terkeluarlah cerita
dari mulut En hub. Rupanya anak pak supir kami
tu sakit. Memang tabik springlah kat pak supir
tu. Masih boleh tersenyum melayan kami. Kalau kita
anak sakit je dah tak tentu arah.Memang profesional
demi mencari rezeki.

Sampai LCCT dalam pukul 11.00 malam…..Berakhirlah
perjalanan saya selama 3 hari ditempat orang…..

Mungkin tidak semuanya manis, tetapi itu semua
akan menjadi kenangan di dalam hidup.. Insya-ALLAH.

Friday, June 03, 2011

Lima puluh ribu.

Kawan-kawan ada? Saya ada... Kaya sekejap. Jangan
jeles, saja nak tunjuk nie...


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

tapi 50 ribu rupiah la.. pertama kali saya
tengok..hahaha.