Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, May 09, 2011

Kapal fun fair.

(gambar google)


Pergi 'fun fair' malam minggu semalam. Sebab anak dara
saya sudah nampak dan merengek nak pergi.

Kapal ini adalah yang permainan yang pertama
anak dara saya naik. Nak tak nak saya kena ikut,
tak berani nak bagi dia naik sorang.

Mula-mula perlahan...Lepas tu dah mula dia berayun tinggi..
Rasa nak tercabut jantung saya ni.. Mengucap, ayat kursi
dan macam-macam yang saya baca lagi..Rasa macam nak turun
la tu jugak...

3 tahun sudah, bila kami naik kapal nie kat Genting
tak ada pulak saya rasa macam ni.. Rasa macam jantung
saya jadi lemah...Redalah kalau dah umur setakat ini,
tetapi tak nak lah meninggal di tempat 'fun fair'.

Bila turun, ok lagi..... anak dara saya boleh
senyum lebar, sedangkan perut saya sudah mula
bergelodak.

Beza orang tua dan budak.

No comments:

Post a Comment