Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, November 19, 2010

Bukan pilihan



Pernah tak anda di datangi oleh budak lelaki atau perempuan semasa
anda sedang makan? Dan mereka mengatakan dari rumah anak yatim,
dari sekolah tahfiz atau dari bla..bla...

Pernah tak anda didatangi oleh budak lelaki atau perempuan semasa anda
berhenti di stesen minyak dengan membawa cd, minyak angin ataupun juga
kalender?Dan mereka mengatakan dari rumah anak yatim, dari sekolah
tahfiz atau dari bla..bla...

Pernah. Itu jawapan saya, kalau saya juga ditanya dengan soalan yang
sedemikian. Adakah kita akan melayan mereka dengan baik atau buat
endah tak endah? Tepuk dada, tanya hati.

Saya kesian tengok mereka. Berpeluh-peluh datang dan menyapa kita.
Selalunya dengan ucapan salam. Kalau kita hulur seringgit dua,
mereka akan bersyukur dan berdoa kita dimurahkan rezeki.

Yang ingin saya katakan disini adalah cara kita melayan
mereka.

Mereka, walaupun masih anak-anak pada anggapan kita, mereka
juga punya perasaan.Mereka juga punya rasa malu. Jadi, jika
tidak mahu melayan mereka jangan buat mereka endah tak endah.
Cakap dengan elok. Balas dengan senyuman. Tak rugi pun kalau
kita senyum dekat mereka.

Suami saya pernah melihat, anak-anak yang sebegini di leter dan
diherdik di stesen minyak. Di perkarangan masjid pun ada. Sehinggakan
Imam menegur di dalam khutbah Jumaat. Bayangkan lah..Kalau tidak mahu
bagi sedekah atau membeli apa yang dihulurkan, jangan dilayan mereka
begitu. Cakap elok-elok.

Cuba kita selami perasaan mereka. Kita duduk ditempat mereka. Hendakkah
kita menyapa atau menegur orang yang kita tidak kenal? Atau mahu kita
dengan sengaja meminta duit dengan orang tanpa rasa malu?

Sudah tentu mereka juga begitu. Takut, kecut dan malu usah cerita.
Ditambah dengan penat seharian duduk di stesen atau dikedai menunggu
untuk menyapa kita.Lapar dan haus tak usah ceritalah.

Ingatlah setiap anak-anak ada ibubapanya. Jika orang melayan anak kita
dengan herdikan atau tengkingan, adakah kita akan terasa? sudah tentu. Mereka
anak-anak yang dipaksa atau terpaksa buat.

Kadang-kadang, anak-anak yang perempuan ini menundukan muka apabila memandang
wajah saya. Malu sudah tentunya. Tetapi terpaksa.

Jadi pada saya, layanlah mereka dengan elok. Bukan kita menggalakkan mereka
meminta sedekah dan sebagainya. Pada saya mereka hanya disuruh.

Ini yang selalu saya ingat:-TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA.

No comments:

Post a Comment