Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, November 30, 2010

kawan




kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit......

kata atuk,
KAWAN tu seperti air, terus me ngalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan, dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana ....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan, kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu, me ngikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian, bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut, sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK
BULAN, SEPERTILEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT!!!

dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan diaselamanye dia ttp kawan aku...
itu cara aku berkawan..!!

walaupun kita me mpunyai kekasih, tapi
teman tetap paling setia.

walaupun kita punyai harta yg banyak,
teman tetap paling berharga.











Monday, November 29, 2010

Dulu dan sekarang

Dulu kalau pergi orang kahwin, wajib dapat telur. Ada yang
dibungkus dengan kertas tisu, dengan bakul rotan, dengan
bakul yang dikait, dengan plastik yang lip lap warnanya
dan macam-macam lagi. Sekarang pun ada tapi jarang-jarang.
Bekasnya pun bukan main cantik lagi.




Sekarang ini kalau pergi orang kahwin, dapat mug atau beg
kecil yang di dalamnya diisi dengan coklat, gula-gula, baulu
ataupun kerepek. Yang bagi surah yassin pun ada.



Yang mana satu anda suka?

Friday, November 26, 2010

adengan yang tak patut dilihat.

Apalah kerja budak ni ye tak. Bila habis je orang berarak,
bunga manggar jadilah penyapu. Penat orang yang membuatnya.








Kakak saya ada juga bertanya, mana pergi bunga manggar dia. Dah jadi
peyapu dah...hahaha..Tak boleh nak kata apa dah...

Thursday, November 25, 2010

Jaga hati




Semasa kenduri kahwin di rumah kakak saya hari tu,
saya berjumpa kembali dengan orang kampung. Memang
setahun tak sekali saya berjumpa mereka kerana selalunya
saya beraya di Melaka.

Soalan pertama yang ditanya adalah bilangan anak. Rasanya
adalah lebih 10 kali saya ditanya oleh bekas jiran-jiran
saya itu.

Memang itu soalan wajib agaknya. Kalau saya contact member
lama dan bekas cikgu sekolah saya memang itu yang ditanya.
Cubalah tanya berapa duit yang saya ada, berapa karung
emas yang saya ada... Bolehlah saya kelentong dengan
mengatakan saya duit 1 juta tapi duit Rupiah la... Boleh saya
katakan saya ada emas 10 karung tapi zulian la...
Ada ke orang yg nak tanya soalan macan ni? hahaha.

Bila di beritahu cuma 1, nak tahu pulak jawapannya. 1 je.
Aik?? Ada salah, tak ada lagilah orang kata ye tak. Sikit
pun salah. Tak pandai buat la, bla..bla..bla..

Pada saya, orang yang selalu berkata itu dan ini kepada
orang yang tiada anak atau belum ada anak, sememangnya
orang yang tidak ada otak atau pun bercakap tidak menggunakan
otak( maaf cakap la).

Mereka yang sebegini tidak memikir perasaan orang yang dikata
itu. Bercakap mengikut sedap mulut sahaja. Cuba kita duduk
di dalam kelompok mereka. Yang sudah tentunya sudah puas
berusaha : - berjumpa pakar, berjumpa bidan dan sebagainya.

Tetapi jika belum ada rezekinya lagi, nak buat macam mana.
Ye tak?? Kalau ALLAH kata jadi, jadilah begitu juga sebalik
nya.

Oleh itu, berhati-hatilah dengan apa yang keluar dari mulut
kita (peringatan untuk diri sendiri juga).Takut ianya nanti
menggores hati orang lain.

Ku pian punya.


(dalam gambar ini memang ada 7, sebab dicampur dengan si tunggal)

DOB : 16 Nov
BIL : 6 ekor
ANAK : Ku pian & Nik

Pagi tu sebelum pergi kerja dah tahu Ku pian nak beranak. Bulunya
bersepah dikandang. Terus saja saya asingkan yang jantannya.

En hubby yang tunggu. Dalam pukul 8.30 pagi baru dia beranak. Nasib
baik En hubby kita bos (sendiri bos, sendiri kuli)

Dia telefon dan suruh saya ambik emergency leave sebab arnab
beranak.cet!!! adakah patut..hahaha.

Wednesday, November 24, 2010

Selamat pengantin baru.

Cuti sekolah sudah bermula, jadi musim orang kahwin la ni. Anak kakak saya
yang ke 3 menikah dengan orang Taiping pada 20 Nov.Berkerja sebagai
cikgu di sebuah sekolah khas di Seremban. Ini lah dia budak yang
cakap ayam tak pakai kasut. La ni dah jadi bini orang pun.

Inai dijari.



Temanya hitam, putih & merah.



Masa nikah.



Flower girl. Anak sapalah yang paling debab tu...ish..ish..ish..



Pengantin malu nak makan. Sengih je lebih...

Tuesday, November 23, 2010

Sukanya dia.

Siapa lagi? Si Sarah gedik nie la. Bila saya keluar ke beranda depan
saya lihat anak tikus ini sudah berada di dalam pelukan dia.




Puas saya cuba mengambilnya, tapi tak dapat.
Penyudahnya, hanya memandang dari jauh.




Sarah terlompat-lompat main dengan anak tikus nie. Macamlah benda tu hidup lagi...
Kalau tengok, memang over benar nampaknya.

Monday, November 22, 2010

Si Tunggal



DOB : 14 Nov
Anak: Chinta & Bulan

Tak tahu pun yang Chinta nak beranak. Cuma sedar yang En hubby mengatakan bulunya
bersepah di dalam kandang.

Bila saya mendekat, saya tengok anaknya tergolek. Yang si Bulan nie
pulak sibuk nak bermain cinta denga si Chinta nie..

Ini adalah urinya. Gelikan...

Friday, November 19, 2010

Bukan pilihan



Pernah tak anda di datangi oleh budak lelaki atau perempuan semasa
anda sedang makan? Dan mereka mengatakan dari rumah anak yatim,
dari sekolah tahfiz atau dari bla..bla...

Pernah tak anda didatangi oleh budak lelaki atau perempuan semasa anda
berhenti di stesen minyak dengan membawa cd, minyak angin ataupun juga
kalender?Dan mereka mengatakan dari rumah anak yatim, dari sekolah
tahfiz atau dari bla..bla...

Pernah. Itu jawapan saya, kalau saya juga ditanya dengan soalan yang
sedemikian. Adakah kita akan melayan mereka dengan baik atau buat
endah tak endah? Tepuk dada, tanya hati.

Saya kesian tengok mereka. Berpeluh-peluh datang dan menyapa kita.
Selalunya dengan ucapan salam. Kalau kita hulur seringgit dua,
mereka akan bersyukur dan berdoa kita dimurahkan rezeki.

Yang ingin saya katakan disini adalah cara kita melayan
mereka.

Mereka, walaupun masih anak-anak pada anggapan kita, mereka
juga punya perasaan.Mereka juga punya rasa malu. Jadi, jika
tidak mahu melayan mereka jangan buat mereka endah tak endah.
Cakap dengan elok. Balas dengan senyuman. Tak rugi pun kalau
kita senyum dekat mereka.

Suami saya pernah melihat, anak-anak yang sebegini di leter dan
diherdik di stesen minyak. Di perkarangan masjid pun ada. Sehinggakan
Imam menegur di dalam khutbah Jumaat. Bayangkan lah..Kalau tidak mahu
bagi sedekah atau membeli apa yang dihulurkan, jangan dilayan mereka
begitu. Cakap elok-elok.

Cuba kita selami perasaan mereka. Kita duduk ditempat mereka. Hendakkah
kita menyapa atau menegur orang yang kita tidak kenal? Atau mahu kita
dengan sengaja meminta duit dengan orang tanpa rasa malu?

Sudah tentu mereka juga begitu. Takut, kecut dan malu usah cerita.
Ditambah dengan penat seharian duduk di stesen atau dikedai menunggu
untuk menyapa kita.Lapar dan haus tak usah ceritalah.

Ingatlah setiap anak-anak ada ibubapanya. Jika orang melayan anak kita
dengan herdikan atau tengkingan, adakah kita akan terasa? sudah tentu. Mereka
anak-anak yang dipaksa atau terpaksa buat.

Kadang-kadang, anak-anak yang perempuan ini menundukan muka apabila memandang
wajah saya. Malu sudah tentunya. Tetapi terpaksa.

Jadi pada saya, layanlah mereka dengan elok. Bukan kita menggalakkan mereka
meminta sedekah dan sebagainya. Pada saya mereka hanya disuruh.

Ini yang selalu saya ingat:-TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARI MENERIMA.

Bagan Lalang

Keluar dari kedai haiwan, terus menuju ke Bagan Lalang. Baju yang kami
pakai pun ala-ala nak gi pasar gitu. Dah encik hubby malas nak patah balik
rumah, terus saja la.

Pertama kali kami pergi air lautnya pasang. Kalau tak semedang je airnya
nun di tengah.



Dah sampai, apalagi si anak dara saya memujuk nak mandi laut. Jawapan saya adalah "NO".Baju semua tak bawak, nak mandi laut...

Muka cemberut, tetapi tetap main air.


Muka happy, bila encik hubby kata "YES".


Dah tu, bila nak balik orang yang kata YES lah kena uruskan bajunya. Terbang
duit pergi beli baju baru. Berpeluh-peluh pergi cari baju. Hahaha..Rasakan.



Sempat main layang-layang lagi..

Thursday, November 18, 2010

Keluarga mereka berduka.

Semalam kita bergembira kerana menyambut Adiladha, tetapi
keluarga mereka di bawah ini sedang bersedih.

Arwah suami isteri di bawah adalah kawan suami saya. Al-Fateha



Muka depan Harian metro.

Rabbit day out

Selama sebulan anaknya Jasmine & Manggis duduk dalam rumah. Hari
Sabtu,sebelum kena jual saya bawak dia keluar dan lepaskan sekejap.

Si Sarah bukan main teruja lagi tengok anak-anak arnab nie
terkuit-kuit dalam bakul merah tu. Naluri seekor binatang, memang pantang
nampak..Saya standby je..takut dia terkam.








Tuesday, November 16, 2010

Graduate taekwando

Dari tali pinggang putih, tukar ke kuning.Sebelum nie, saya tak tahu
pulak kalau nak tukar warna tali pinggang kena ada ujian.



Terus masuk barisan. Anak dara saya dah pandang-pandang muka saya. Macam
nak menangis pun ada.

"Don't ask me." Itu kata saya kepadanya. Mana taknya saya jadi geram. SIR nya suruh
berlatih dan ingat step kat rumah. Tapi dia dok tengok TV.





Dah lah sampai lambat. Sepatutnya 20 minit sebelum pukul 12 tengahari kena
ada di sana. Tapi kami sampai lagi 5 minit pukul 12.00.


Bila muka dah pucat, saya tanyalah kenapa. "Pening kepala."

Bila dah habis ujian, barulah dia boleh senyum. Sudah legalah tu...

psst: Agak-agaknya, boleh tak anak dara saya ni kurus...

Monday, November 15, 2010

Gedik Sara & geramnya Saga

Bukan main gedik lagi si Sara ni. Tengoklah aksi-aksinya tu. Si Saga pulak
macam jeling-jeling dan tunjuk muka boring. Layan...















Friday, November 12, 2010

Rumahku syurgaku.

Dirumah inilah saya dibesarkan sehingga berumur 21 tahun. Dulunya rumah
ini tidaklah seuzur ini. Gambar ini saya ambil semasa di dalam kereta.



Warnanya kuning air, begitu juga di bahagian dalamnya. Ruang dapur yang luas
dan ada beranda di bahagian tepi juga. Tetapi sekarang ini tinggal sekerat
sahaja.



Rumah yang dibina sendiri oleh arwah abah dan abang-abang saya. Teguh sehingga
kini walaupun ini saja yang tinggal.

Dirumah ini terlalu banyak kenangan yang masih kuat melekat diingatan
saya, bahkan dari dulu lagi rumah ini yang selalu muncul di mimpi saya.

Arwah abah saya meninggal di sini, emak saya berpantang semasa adik saya meninggal (2 orang)juga di rumah ini. Saya juga bernikah dan bersanding di sini.

Tetapi kini hanya tinggal kenangan. Mungkin ini memang rumah kami tetapi
tidak tanahnya. Kalaulah boleh ditukar dengan wang ringgit, sudah lama rasanya
ia tetap milik kami.

Tetapi yang empunya tanah hanya mahu tanah tidak mahu duit kerana mereka
sememangnya berduit.

Tidak mengapalah. Lambat laun masing-masing juga akan mempunyai tanah sendiri
iaitu tanah kubur. Tetap akan diberi walaupun tidak mahu. Betul kan...

Thursday, November 11, 2010

Sesal kemudian.

Cerita ini saya terima melalui email yang di forwardkan. Sama-samalah kita membacanya.




“Saya sudah membuat keputusan muktamad. Setakat ini sahaja perkhidmatan saya bersama tuan. Saya mahu bersara” kata seorang tukang kayu.

Sudah berpuluh tahun beliau bekerja bersama majikannya itu. Penuh dedikasi. Tetapi hatinya dihinggap rasa jemu. Terasa mahu segera pergi.

Meninggalkan tempat kerja dan rutin hariannya.

Pergi bercuti sepuas hati.

Si majikan termenung. Perasaan bercampur aduk.

“Aku ada satu permintaan. Permintaan yang mungkin terakhir daripada aku untuk kamu” ujar si majikan.

“Apakah permintaan itu?” tanya si tukang kayu.

“Aku mahu kamu selesaikan satu sahaja lagi projek. Sebuah rumah kayu terakhir yang aku mahu kamu tumpahkan segala pengalamanmu untuk membinanya” kata si majikan.

Si tukang kayu serba salah.

Sudah terbayang wajah monyok sang isteri di rumah.

Kakinya sudah terasa-rasa pasir di pantai. Wajah sudah dingin-dingin dihembus angin benua. Menangguhkan semua itu untuk kembali bertukang kayu, terasa ralat benar di hati.

Tetapi dek mengenangkan begitu banyak jasa si majikan kepada dirinya dan keluarga selama ini, beliau mengangguk lesu. Setuju.

Terpaksa.

Rumah dibina seadanya. Asalkan siap.

Sifirnya mudah, apa-apa sahaja yang dibuat kerana terpaksa, terseksa.

Malang sekali.

Setelah berpuluh tahun bekerja dengan penuh dedikasi, dengan hasil kerja yang dipuji ramai, beliau mengakhiri hasil tangan seperti melepaskan batok di tangga.

“Alah, bang. Tak payahlah ukir dan paku beriya-iya sangat. Janji siap sudah. Ini pun kira kita dah baik hati nak tolong siapkan!” hasut sang isteri, menambah lagi rasa ‘tidak ikhlas’ di hati suami, si tukang kayu.

Selesai rumah kayu itu ditukang, beliau sendiri berasa tidak suka untuk melihatnya. Tetapi peduli apa. Beliau mahu segera bersara dan pergi bercuti.

“Nah, tuan. Ini kunci rumah itu. Segala tugasan sudah saya selesaikan” kata si tukang kayu.

“Simpanlah kunci itu!” jawab si majikan.

“Kenapa tuan?” si tukang kayu kebingungan.

“Rumah itu adalah hadiah daripada saya untukmu. Tanda penghargaan atas persahabatan kita selama ini” kata si majikan dengan wajah yang tulus penuh keikhlasan.

Menggeletar tangan si tukang kayu.

Hatinya ditaufan rasa sesal.

“Kalaulah aku tahu rumah ini adalah milikku, nescaya akan kubuat dengan sebaik mungkin!” hati kecil yang tidak pernah berbohong itu berbisik kesal.

Wednesday, November 10, 2010

Tuesday, November 09, 2010

Cuti umum.

Berkelah sempena cuti umum, Depavalli.Ke Pantai Teluk Kubur, di belakang
Eagle Ranch Port Dickson.

Sampai dalam pukul 10.00 pagi.Apa-apa hal makan dulu.



Semasa sampai, air surut. Sempat juga cari siput, tiram dan juga remis.




Air mula pasang, rasanya dalam pukul 3 petang. Apalagi, melompat lah budak-budak.





Gambar yang diambil semasa di bawah pokok, tempat khemah dipasang.