Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, April 02, 2012

Mati itu pasti.

Jiran sebelah rumah saya meninggal semalam. Ya, saya tahu
ajal dan maut bukan di tangan kita.

Saya sedikit terkilan yang sebenarnya. Sebab saya
nampak arwah semasa sedang menunggu enjin kereta
dipanaskan sebelum pergi melawat emak saya di Senawang.

Waktu itu mungkin dalam pukul 2.30 petang, arwah baru
balik. Sedikit terkocoh-kocoh membuka pintu pagar
dan terus masuk ke rumah. Masih saya ingat, arwah
memakai baju merah berbelang dan memakai tudung
berwarna merah hati.

Ketika itu, saya memang tidak menegur memandangkan
saya berada agak jauh dari arwah. Itu yang saya kesalkan.

Semasa sampai dari rumah dalam pukul 8.30 malam, mendapat
berita yang arwah telah meninggal.

Lemah lutut dan hati terasa sedikit sebu..Mengikut kata
jiran sebelah kanan saya, arwah meninggal semasa
dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Hospital Banting.

Sewaktu azan maghrib berkumandang, arwah pergi
Rupanya sewaktu yang saya ternampak arwah waktu
itu, arwah baru balik dari Hospital Putrajaya. Dengarnya
siap masuk air dalam badan lagi.

Apa yang saya tahu, arwah tiada penyakit. Tetapi
tak tahulah kalau arwah memang berpenyakit.

Berumur lingkungan 52 tahun kerana beliau masih
belum pencen dari berkhidmat dengan MAB (polis
airport).

Arwah memang berkerja shift jadi saya memang jarang
berjumpa dengan arwah. Saya pergi kerja, arwah
balik rumah..begitu juga sebaliknya.

"Lama tak nampak kak? Sihat ke?" Itu yang selalu
saya tanya jika nampak arwah. Dan arwah selalunya
menjawab sambil ketawa.

Pagi tadi dalam pukul 12.50 pagi, jenazah di bawa
balik ke rumah. Telah siap dikafankan dan di sembahyangkan
di hospital.

Jenazah di bawa balik ke rumah untuk kali terakhir untuk
di tatap dan disembahyangkan sekali lagi oleh jiran dan juga rakan sekerjanya.
Dapatlah saya melihat mukanya sebelum dibawa ke Johor
untuk dikebumikan.

Ini yang bermain difikiran saya ketika ini.. Kalau kita tahu
bila kita akan mati, apa yang akan kita buat?

Duduk di tikar sembahyang? Habiskan segala wang simpanan?
Makan apa yang kita mahu?

Saya benar-benar terasa sedih. Saya cuma berharap yang
saya dapat memeluk anak saya dan memohon maaf dari
orang yang terdekat dengan saya..

Bagaimana kalau kita mati tanpa sempat meminta maaf? Mungkin
waktu itu kita baru lepas bergaduh dengan pasangan kita.

Mungkin juga waktu itu, kita baru lepas memarahi anak kita
dan anak kita merajuk dan menghempas pintu.

Agak-agaknya kita sesal tak?

2 comments:

  1. sesal... huhuhuhu..


    hah, cepat kita tulis puisi sedih-sedih ...

    jangan benarkan hati kita gembira dan teruja kerana hati yang teruja akan menutup segala pintu kesedaran...

    biarlah kita sedih dan hiba.. huhuhu

    ReplyDelete