Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Friday, April 06, 2012

Hanya 10 hari....

Terasa penat.

Selagi hidup, inilah kehidupan kita. Tak lari ke mana.

Sebagai :

Hamba Allah - Memang akan terus menjadi hamba-Nya sehingga
badan hanya tinggal tulang. Semua akan kembali kepada-Nya
cuma tidak pasti bilakah waktunya. Syukur Alhamdullilah
jika umur kita panjang selama 10 minit lagi.

Sebagai :

Perkerja - Bangun pagi pergi kerja balik petang. Cukup bulan
dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Badan penat, otak letih.

Sebagai :

Isteri : Kewajipan. Jawatan yang dipegang setelah terlafaznya
akad nikah. Tanggungjawab menjadi besar. Tingkah laku, jejak
langkah semua harus di ambil kira.

Sebagai :

Ibu : Tanggung jawab. Gelaran yang disandang apabila adanya
seorang anak di rumah. Makan, pakai, sakit ..semuanya perlu
di jawab.


Ahli keluarga : Keluarga suami + isteri menjadi satu apabila
telah berkahwin. Kenduri perlu dihadiri walaupun hanya mahu
mencukur jambul.

Jadi bila masanya untuk diri sendiri? Bila masa mahu berehat?
Maksud saya hanya fikir untuk diri sendiri?

Bila masanya kita tidak perlu fikir:-

1) Kerja dan siap ke belum. Atau aku dah buat
ke apa yang bos aku suruh buat tadi?

2) Baju dah basuh ke? Nak masak apa hari
ni? Suami balik pukul berapa?

3) Apalah yang anak aku makan hari ni? Sihat
ke dia?

4) Minggu ni si anu buat kenduri ke? Kenduri apa?
pukul berapa nak pergi?


Anda jawablah sendiri.

Siang sudah sibuk dengan kerja office, balik pulak sibuk
dengan kerja rumah. Berehat sekejap, lepas tu tidur..

Esoknya ulang balik benda yang sama. Pernah tak anda semua
berfikir, bila semua ini akan habis dan kita benar-benar
berehat secukupnya?

Saat berganti, minit berlalu, jam berlari, hari
meluncur, bulan tanpa henti, tahun juga bertukar. Jadi
bila??

Adakah semua ini akan berterusan sampai kita mati. Buat
benda yang sama sampai mati...

Sebagai hamba-Nya memang akan ada cuti untuk kita (bagi yang
perempuan)

Sebagai pekerja pun ada cuti untuk para pekerjanya. Tinggal
nak memohon je pada majikan.

Sebagai isteri dan ibu? Entah tiada jawapan untuk itu. Hanya
sang suami saja yang berhak meluluskan atau memberi
jawapan.

Anda semua (para suami) pernah tak offer kat isteri anda,
supaya pergi bercuti? Untuk merehatkan badan tanpa anda atau
pun anak-anak.

Kalau ada, baguslah.. Kerana kita semua perlukan masa
untuk diri sendiri. Hanya diri sendiri!

Sudah lama terfikirkan semua ini, sehinggalah lahirnya cerpen yang bertajuk
' Hanya 10 hari' yang telah tersiar tahun lepas lagi..

Saya mahu memohon cuti juga tapi takut kecewa. Jadi duduk
saja diam-diam...tunggu je lah...

3 comments:

  1. kat maner nak dpt cerpen 'Hanya 10 Hari' tuh.? teringin rasa nak baca...

    ReplyDelete
  2. teringin yer..nanti saya masukkan..

    ReplyDelete
  3. kalau anak masih kecil mmg susah nak cuti.
    biasanya saya cari masa untuk diri sendiri dgn buat hobi...masa tu mmg tak fikir benda2 lain dah...very relaxing.saya suka gardening.tgk pokok2 membesar is rewarding.
    nak bercuti tanpa suami & anak mmg susah utk saya sb suami tak berapa nak bg.so kami bergerak dgn kawan2 bersama keluarga masing2.sebab tu kami rajin meronda @ pegi trip.bila bercuti tu ibu2 geng dgn ibu2...bapak2 sesama depa.anak2 buat hal mereka sendiri sb semua dah mengenali.anak2 pun tak peduli mak bapak depa dah bila kumpul ramai2 mcm tu.time makan ja depa cari kita.
    duit mmg kering tapi biarlah.balik tu cari semula.

    ReplyDelete