Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, January 02, 2012

Baru sampai...

Baru sampai dari Selayang Baru. Ada acara 'kumpul waris'
sebab anak buah suami hendak bernikah pada awal bulan Feb.

Tahu tak apa itu kumpul waris? Rasanya mungkin ramai
yang tahu dan mungkin juga ramai yang tak tahu.

Bagi keluarga belah suami saya, memang akan di adakan
acara ini bila ada majlis perkahwinan yang mahu
dilansungkan.

Kumpul waris ialah semua ahli keluarga berkumpul
dan berbincang untuk segala pelancaran kenduri
yang mahu dilakukan nanti.

Masak sendiri atau katering, menu, tema dan bermacam-
macam lagi yang diperbincangkan. Dan akhir sekali adalah
bab sumbangan yang sedikit sebanyak dapat meringankan
tuan yang punya majlis.

Pada saya ianya bagus kerana dapat mengeratkan lagi
hubungan sesama keluarga.

Tempat atau keluarga anda ada buat macam ni tak?

2 comments:

  1. biasalah kumpul waris tu..

    atau kami gelar " Mesyuarat agong luar Biasa'

    ReplyDelete
  2. awak pun ada ye?? 'mesyuarat agong luar biasa? wah, hebatnya gelaran..hehe

    ReplyDelete