Sesekali saya pening membaca status
kawan-kawan/anak-anak/adik-adik dalam FB.
Sebab apa? Sebab bahasa singkatan
yang digunakan. Kadang-kadang
puaslah nak faham...
Kadang-kadang saya terfikir, dia
orang ni tak belajar mengeja kat
sekolah ke?
Semasa saya sekolah dulu, yang saya
ingatlah..hanya perkataan ini (yg - yang,
dgn- dengan) yang biasa di guna pakai
untuk salin nota buat diri sendiri.
Tidak sesekali saya gunakan bagi bina
ayat di dalam buku latihan. Buatlah..sudah
tentu kena bulat dengan pen merah.
Tetapi sekarang ni terlalu banyak ayat
singkat yang digunakan sehingga pening nak
faham.
Zaman telah berubah. Benar, sekarang ini
orang lebih suka singkat-singkat ini. Sehinggakan
ayat pun main singkat-singkat sahaja.
Hanya mereka yang faham, sedangkan tiada
yang peliknya jika menggunakan ejaan/ayat
yang betul.
Baru-baru ini, pantas saja tangan saya menepuk
belakang kepala anak dara saya (saya sendiri
terasa bersalah) tetapi tangan ini terlalu
pantas bertindak.
Sebab apa? Sebab dia menaip status di FB menggunakan
singkatan perkataan saja, sama seperti pesanan
ringkas dalam handphone.
Sesekali saya buka juga handphonenya, sekadar
mahu melihat pesanan..Sungguh pening, sebab
tak faham langsung dengan apa yang ditulis.
Saya mahu dia membiasakan menggunakan
ayat dan perkataan yang penuh. Biar panjang
ejaannya, saya tidak peduli...
"Tolong guna ejaan penuh!" Pesanan yang
selalu saya pasak kat telinga dia..
Biar menjadi pengajaran dan kebiasaan, jangan
sampai nak jawab peperiksaan nanti jadi terbiasa
dan tak tahu macammana nak eja perkataan yang
betul.
Sehingga sekarang, saya kalau menghantar
pesanan dalam handphone, saya cuba menggunakan
ayat/ejaan penuh...
Ini pandangan peribadi, tepuk dada tanya
selera.
Lebih singkat lebih jimat.. hehehehe
ReplyDelete