Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Wednesday, August 31, 2011
Petang 'menembak'
Wow! Sudah masuk hari ke 2 kita
beraya. Sekejap je masa berlalu.
Pada saya, mungkin sebab dah tua
jadi biasa-biasa saja. Tapi yang
paling saya suka adalah masa
petang 'memantai', bak kata
orang negeri sembilan.
Kalau kat melaka, Mak Lang saya
selalu kata petang 'menembak'. Apa
yang hendak ditembak saya pun tak
tahu.
Saya mula sibuk seawal pagi isnin
lagi. Lepas sahur, terus ke Pasar
Borong Hang Tuah, kalau tak silap
saya itulah namanya.
Sampai kat situ orang bukan main
ramai lagi. Saya ingat saya adalah
orang yang terawal, rupanya silap
sudah.
Dibahagian luar pasar borong, banyak
orang yang menjual barang keperluan
raya seperti tudung dan juga yang
lain-lain.
Sarung ketupat juga banyak dijual.
Ada yang kata mahal. Tapi tidak pula
saya pasti.
Sampai rumah emak, sambung pula dengan
tugas yang lain.. Rencah semua disediakan
awal pagi termasuklah mengecilkan ayam.
Baru saya perasan, hati dan pedal ayam
tidak diberi oleh si penjual ayam. Saya
pun tidak kisah, tetapi saya beli
mengikut ekor. Jadi si penjual sudah
semestinya memberi semua bahagian.
Jika sipenjual mengambil semua hati
dan pedal ayam dan kembali menjualnya,
ini sudah dikira menipu...Geram betul
saya. Ibarat kita beli kelapa muda
sebiji, tetapi airnya diambil oleh
sipenjual.. Tidak betul bukan?
Ok, itu dah dikira lepas. Bila saya
nak masak rendang pulak, santan yang
dibeli pula masam. Sedangkan santan
itu saya beli dan terus masukkan ke
dalam peti sejuk setiba di rumah.
Adoi..angin satu badan. Bukan sedikit,
4 kilo masam begitu saja. Dahlah harganya
1 kilo 7 ringgit... Saya tidaklah berkira
sangat tentang harga, kerana memang
fahamlah dengan situasi semasa.
Tapi janganlah nak menipu pelanggan. Entah
bila punya santan, saya pun tak pasti. Haram
tau , makan duit yang tak betul...
Haru jadinya bila kena cari santan di petang
memantai. Alhamdullilah, bila rendang dapat
disiapkan...
Rendang daging hitam & rendang kupang.
Ini lagi satu bab yang paling saya
suka. Bab pengistiharan bermulanya
raya atau puasa.
Bila bab ni, saya rasa seperti saya
kembali ke zaman kanak-kanak...Tak
tahulah kenapa..
'Penyimpan mohor-mohor besar dengan
ini mengistiharkan...bla..bla'
Memang best sesangat-sangat. Jadi saya
akan tunggu di depan tv untuk mendengar
kata-kata keramat ini..
Begitulah kisah saya pada hari isnin yang
lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment