Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Sunday, July 31, 2011

Semalam dan hari ini.

Sebelum Ramadhan, saya, abang, adik dan kakak
dengan family masing-masing membuat keputusan
untuk balik ke kampung. Semalam tengahari saya
sampai dan pukul 5 petang tadi sampai rumah.

Balik untuk mengemas rumah kampung yang telah
beberapa bulan ditinggalkan. Oleh kerana emak
tak sihat, jadi emak saya memang tak duduk
di rumah.

Rumah yang ditinggalkan kosong bukan kosong
dalam erti kata sebenarnya. Diduduki oleh
cik ti. Cik ti telah menghuru-harakan rumah
emak saya.

Habis semua bantal digigitnya begitu juga
dengan tilam. Bawah katil habis penuh dengan
kekabu. Kiranya penuh satu rumah dengan kekabu.

Aduh memang letih. Hendak disapu, nanti berterbangan.
Jadi kami sedut dengan vakuum je.. Terus bakar.
Walaupun kekabu mahal sekarang, tapi adik
membuat keputusan untuk bakar. Takut dengan
penyakit 'kencing tikus'.

Gambar-gambar yang diambil bila dah
ramai-ramai..







Selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa
dengan sebaik-baiknya. Amin.

1 comment: