Bila masa saya main bola sampai dapat
kad kuning? Bukan kad yang tu, tapi kad
kuning kat bahagian Emegency Hospital.
Pada 30 june, saya bukak simen kat
Hospital Putrajaya. Ada bintik merah kat
lengan dan jari kanan. Ingatkan tak ada
apa-apa lah.
Masa nak balik tu, saya cakap kat doktor
bahagian Ortopedik yang saya demam. Kalau
boleh bagilah ubat antibiotik, tapi doktor
cuma bagi paracetomol je...
Hari Jumaat pagi saya dah muntah, tapi
ingatkan biasa je. Sampai office buat keje
tapi memang tak larat sangat. Sarapan pun
sikit, muntah lagi.
Tak boleh makan, tak boleh minum..membuatkan
saya jadi lembik tidak bermaya. Leher pun
tak boleh nak angkat. Betul-betul macam
ayam kena sampar. Datang office, tapi tidur
kat meja. Tidak pernah berkeadaan begitu
sepanjang saya bekerja.
Tak sampai pukul 5.30, saya dah balik. Ambik
anak dan terus ke bahagian kecemasan di Putrajaya.
Suhu badan sudah 40C. Bintik merah terus terbit
di kedua-dua tapak tangan.
Dapat kad kuning dan terus masuk ke bahagian
separa kritikal (kuning). Tak boleh tunggu lagi.
Doktor tanya macam-macam, pun dah tak boleh
nak jawab.
Ambik darah dan terus masuk air. Tekak punyalah
haus dan sakit. Lepas setengah jam, adik yang kat
bahagian emergency tu bagi ubat demam.
Saya diletakkan di bilik pengawasan dari pukul 6.50
petang. Air dimasukkan 2 botol dalam badan saya dan
dalam pukul 10.30 malam doktor suruh balik.
Bukan denggi tapi kena demam campak katanya. Ubat
sapu dan ubat demam dibekalkannya.
Demam tidak kebah sehinggalah malam sabtu, selepas
saya tidur di atas daun bambu. Minum air kelapa
entah berapa biji, baru semua bintik-bintik merah
keluar satu badan.
Ahad sekali lagi pergi ke bahagian emergency.Siapa
yang tidak takut, kalau air kencing sudah bercampur
dengan darah. Dapat kad kuning lagi sekali.
Ambik darah sekali lagi dan masuk air dalam
badan. Batuk juga sudah bertukar ke warna
hijau. Masa tu dada terasa sakit sangat.Batuk
tidak berhenti.
Yang tidak boleh lupa adalah sewaktu x ray
dada. Tangan kanan tak berapa kuat, hatta hendak
membuka baju pun payah. Tangan kiri pula ada
jarum dan air.
Seksanya bukan main lagi, sehinggakan darah dari
tangan kiri mengalir masuk ke dalam tiub air. Masa
tu memang rasa nak 'pitam'.
Sehinggakan saya meminta tolong adik lelaki
kat bahagian x ray tu untuk mengikat tali baju
yang digunakan di bahagian x ray...Duduk lagi
di bahagian pengawasan dari pukul 10.30 pagi
sehinggakan pukul 7 malam.
Sekali lagi, semuanya ok dan saya di suruh balik.
Tetapi kali itu dibekalkan dengan 2 jenis antibiotik
dan Alhamdullilah saya beransur sembuh..
Mc 3 hari sebab memang tak berdaya. Sehinggakan
nak bangun pun tak larat. Seumur hidup saya tidak
pernah rasanya saya berkeadaan begitu. Badan saya
hilang beberapa kg dalam masa 4 hari saya sakit.
Masa sakit dan tak boleh makan, semua
menu terbit di dalam kepala. Semua benda terasa
nak makan.
Tapi bila dah beransur sihat, tak mahu pulak
dengan menu-menu yang terbit sebelum tu.
Macam-macam...
woo.. ingatkan denggi tadi...
ReplyDeletetapi campak pun seksa gak, lebih-lebih lagi orang dah berumur, orang kata.