Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, February 21, 2011

Kawan.

Berapa kerap anda menelefon sahabat anda? Saya? Secara
jujurnya, bila teringat baru call. Itu pun kadang-kadang
tidak berangkat.

Tapi sekarang, bila senang saya akan call. Bukan apa,
takut tak bertemu lagi dilain waktu, seperti yang terjadi
dekat saya kira-kira 2 tahun sudah.

Saya ada seorang kawan yang lebih tua dari saya, mungkin
tua sepuluh tahun kut. Saya ni jenis yang tak kisah, berapakah
umur, jantina atau fahaman politik. Boleh saja. Asalkan ianya
jujur.

Kawan saya ini memang sekepalalah kiranya. Ke kiri boleh,
kanan apatah lagi. Ada sekali tu, siap boleh pakat ambik MC
sama-sama dan pergi jalan-jalan kat pekan PD. Tapi itu
zaman mudalah.. Sekarang tak buat dah….

Berkerja kilang pun dalam shift yang sama. Nak van pun
kilang sama-sama. Selepas berkahwin baru terpisah
membawa haluan masing-masing. Tapi panggilan telefon
tetap menjadi penghubung kami.

Ada satu masa tu, saya tak call dia lama dah. Agaknya dalam
2 bulan lebih juga. Tiba-tiba saya teringat dia, cuba call rumah
tapi tak berjawab. Hairan juga saya, bukan waktu hujung
minggu ataupun cuti sekolah (suaminya drebar bas sekolah).

Saya tidak mengsyaki apa-apa, Cuma beranggapan dia sibuk.

Satu hari dapat panggilan dari kawan sekolah lama. Dia bertanya
adakah saya tidak tahu yang kawan baik saya itu telah meninggal?
Terkejutnya saya pada waktu itu, tidak dapat saya gambarkan..
Arwah meninggal kerana tekanan darahnya naik mendadak dan
pengsan di rumah.

Sesungguhnya saya kesal, ya saya tahu yang ajal dan maut
itu bukan kita yang menentukan. Tapi rasa sesal tu melekat
di hati sampai sekarang. Semoga rohnya ditempat di kalangan
yang beriman. Amin.

Secara jujurnya saya amat perlukan kawan, selain dari keluarga.

2 comments:

  1. Teringat pensyarah saya pernah berkata perkara yang serupa. Ingat kawan sentiasa. Selepas tamat pengajian, susah nak cari masa untuk berjumpa.

    Jika tidak dapat call, hantarlah sms tanda ingatan. Mujurlah, setakat ini masih ada yang sudi bertukar khabar.

    ReplyDelete