Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, February 05, 2011

60 sen




Awal pagi macam nie, teringat kat nasi lemak
pulak. Kat tempat anda, ada tak nasi lemak
bungkus kecik macam nie? Tempat saya tak ada.
Tapi kalau kat Tangga Batu, masih ada lagilah.

Perniagaan dari rumah. Sebungkus 60 sen. Tapi
nasi sikt je... Kalau yang kuat makan setakat
sebungkus nie, memang celah gigi je.

Walaupun sikit, tapi dengan haruman daun pisangnya
menjadikan ianya puas di makan. Rasanya memang
tak dapat nak di bandingkan dengan nasi lemak
yang ada lauk tu(bungkus dalam kertas coklat
atau bungkusan polistrin).

Jauh api dari pemanggang. Fuh! Makan pulak
dengan air kopi o..Mertua lalu kat belakang
pun tak nampak, ye tak. Memanglah tak nampak
dah dia lalu kat belakang. Cuba lalu
kat depan. Gerenti nampak. tak gitu?

3 comments:

  1. Di tempat saya masih ada nasi lemak begini tapi harganya dulu 80 sen aje. Sekarang dah naik seringgit.

    Untungnya, masih banyak kedai nasi lemak yang menjual nasi lemak begini berhampiran dengan kawasan rumah. :)

    Tak berapa suka makan nasi lemak dalam polistrin. Tak ada feel.

    ReplyDelete
  2. tau tak ape..tak ada feel...walaupun sikit ataupun kecik rasa 'puas'.

    ReplyDelete
  3. hum dlm kmpong ni pon ader rm 0.70 sen..nenek saadiah buat,,sngt sedppppppppppppp

    ReplyDelete