Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, May 08, 2010

Ibu.

Seorang emak boleh menjaga dan membelai anak yang seramai sepuluh orang, tetapi anak yang seramai itu belum tentu boleh menjaga emak yang seorang. Itu adalah kata-kata yang selalu kita dengar sekarang ini.

Semua orang ada emak. Kalau tak ada emak, dari mana datangnya kita. Dari perut bumi atau dari angkasa lepas??

Persoalannya, dalam sehari berapa kali kita bersua muka dengan emak kita? Dalam seminggu berapa kali kita menelefon emak kita? Dalam sebulan berapa banyak masa yang kita peruntukkan kepada emak kita? Anda sendiri yang perlu menjawabnya.

Ada satu kisah. Kisah jiran saya di sebelah rumah yang merupakan ibu tunggal ketika itu. Mempunyai 6 orang anak. 4 orang perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Semuanya lulusan universiti. Walaupun anaknya ramai, hanya seorang saja yang selalu berada dengannya. Yang lain tak nampak muka, apalagi bayang.

Kalau hari raya, lagilah sedih. Yang seorang(no 2) itu sajalah yang menunjukkan muka. Yang lain hilang. Angah telah berkahwin pada masa tu, jadi dia kena pulang ke kampung belah suami yang berada di terengganu. Jadi bila pagi raya tinggallah si emak nie seorang diri. Duduk diam tidak keluar rumah.

Cuba kita bayangkan, duduk seorang diri mendengar takbir raya, tanpa anak yang bersalam meminta ampun, tanpa masak-masak apa-apa. Kalau masak tak anak-anak yang nak makan...Apa perasaan seorang emak ketika itu. Kalau dia tiada anak mungkin tidak terkilan.

Dan yang saya tak boleh lupa, jiran saya mengadu dengan saya sambil menangis. Anaknya meminta kembali wang yang telah diberikan. Bukannya banyak pun, tetapi si anak mengungkit...Bersabarlah, itu saja yang dapat saya katakan kepadanya.

Dia selalu berkata, yang dia tidak memerlukan wang. Cuma kasih sayang dan perhatian saja yang dia mahu. Ada juga anak perempuannya (no 3) yang berkahwin tidak menjemput dia. Hanya buat direstoran dan diuruskan oleh pihak pengantin lelaki sahaja.(bayangkanlah perasaan dia masa tu)

Kini, jiran saya itu sudah berkahwin. Dengan orang yang lebih berusia dengannya. Sekarang dia sentiasa tersenyum dan anak-anak yang menjauh kini mendekat kembali. Dia selau bercakap dengan saya, yang dia sentiasa memaafkan anak-anaknya. Iya, seorang ibu sentiasa memaafkan anak-anaknya walaupun kesalahan itu besar dan meninggalkan kesan dan rasa sedih di dalam hatinya.

Saya takut. Saya gerun melihat situasi sekarang ini. Macam keluaran Mastika yang terbaru, seorang gadis memaki dan bercakap kasar dengan emaknya. Emaknya dijadikan seperti orang gaji. Sudah puas emaknya menasihati tetapi begitu juga, tidak berubah. Akhirnya dia menjadi pelacur kerana sebelum emaknya mati, dia mengatakan yang anakya itu takkan hidup senang.

Ingatlah, bahawa kata-kata yang keluar dari mulut ibu itu adalah satu doa dan ingatlah yang syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang wanita yang bergelar IBU.

Saya hanya mampu berdoa yang anak saya akan sentiasa sayang kepada ibunya..

No comments:

Post a Comment