Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, May 24, 2010

3 minit

Apa yang dapat dilakukan dalam masa tiga minit dan apa yang boleh berlaku di dalam masa tiga minit. Macam-macam boleh berlaku. Dan yang pastinya sesuatu telah berlaku pada hari ahad lepas (23 May 2010)

Waktu : 5.20 am

Suara jeritan arnab kedengaran di telinga saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengambarkan bunyi arnab. Pada yang tak tahu, mungkin hati akan berkata-kata atau bertanya sendiri..Bagaimanakah bunyi arnab.

Saya menjenguk tingkap dan dapat melihat seekor arnab saya terlepas dari kandang. Lantas mengejutkan suami " bangun, Ku Pian terlepas."

Suami pula bangun dan menjenguk di tingkap. "Cepat! Ada anjing."
Dalam kelam kabut mencapai tudung dan kunci, suami pula sibuk mencari lastik. Apabila pintu dibuka, saya tidak dapat melihat kelibat arnab saya lagi.

Bukan Ku Pian yang terlepas, rupanya Akid. Apabila pintu pagar di buka, saya hanya dapat melihat anjing yang dua ekor itu berlari pantas dan menggonggong Akid. Saya hanya dapat memandang dari jauh. Sudah dapat mengagak apa seterusnya yang berlaku.

Saya tidak mendengar sedikit pun bunyi anjing. Selalunya anjing-anjing itu akan hanya berada di luar pagar.

Ini bukan kali pertama arnab saya terlepas. Selalunya dia tidak akan pergi jauh. Hanya di depan rumah sahaja. Pernah juga kami balik kampung, Akid dan chinta terlepas. Apabila kami balik, mereka sudah tunggu di depan pagar rumah.

Mungkin kali ini, Akid tidak bernasib baik. Saya masih tidak dapat melupakan Akid. Semasa entry ini ditulis, hati saya masih lagi sebak. Saya cuma berharap yang airmata saya tidak tumpah lagi.....

Akid yang menunduk manja apabila diusap.....Wahai hati, bersabarlah...

4 comments:

  1. Salam Fadhila,

    Aduhai, lily yg baru membaca ni je dah rasa mcmmana, apalagi Fadhila yg melihat. Kurang ajar betul anjing kebulur tu!

    Fadhila bersabar sajalah ya. Jagalah keselamatan arnab yg lain2 tu.

    ReplyDelete
  2. Insya-ALLAH...Kalau ada pistol, dah lama kena tembak....

    ReplyDelete
  3. Kasihan akid... Nampaknya akak kena tukar pintu pagar supaya arnab-arnab tu tak boleh tembus keluar.

    Banyakkan bersabar ya kak...

    ReplyDelete