Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Sunday, December 30, 2012
Azam..
Lagi 2 hari kita akan meninggalkan tahun
2012.
Apa azam anda? Apa yang mahu anda lakukan?
Saya? Saya nak penuhkan duit dalam guni...Dah
penuh nanti, boleh pikul tengah belakang...
hoi..hoi.. ya hoi.. (macam penyamun tarbus)..
mood merapu pagi-pagi ni.. hehe
Saturday, December 29, 2012
Sunday, September 30, 2012
Si betina yang bernama Akid
Akid yang semakin besar... Silap bubuh nama.. Ingatkan
jantan rupanya betina.. Oleh kerana dah biasa panggil
dengan nama Akid, jadi namanya akan kekal begitu..
Comel kan....
Wednesday, September 05, 2012
Sunday, July 15, 2012
Benda yang sama..
Hari ini beli alat tulis yang entah ke
berapa kali agaknya..Mana-mana pergi,
kesukaannya beli pensil box, alat tulis,
buku dan seangkatan dengannya.
Pelik.
Monday, July 09, 2012
dah dekat..
Masa kecik-kecik dulu, saya tak reti
atau tak ingat pasal bulan-bulan islam..
Bulan omputih juga tak reti, tapi
ada 1 penanda yang bulan puasa dah
dekat.
Apa tandanya? Ada pertandingan orang
mengaji dalam tv...Sungguh indah
rasanya..
Friday, July 06, 2012
Tuesday, July 03, 2012
pertama kali masak
Nasi ayam hainan.
Tengok resepi 2 minit kat office. Masa memasak
lebih kurang 35 minit. Sedap. Alhamdullilah.
Monday, July 02, 2012
malam minggu yang lalu...
Hari sabtu, semasa pulang ke KL dari ipoh,
kami singgah makan di Tanjung malim.
Keluar dari toll Tanjung Malim, ada satu kedai
makan yang dinamakan 'love u corner'.
Semasa kami singgah tu ramai orang. Dalam hati
berkata mungkin makanannya sedap dan
mungkin malam minggu juga.
Rupa-rupanya di situ disediakan 'karaoke' untuk
menyanyi. Dan yang menariknya di situ ada joget
lambak.
Tapi bukan sebarang lambak. Ini joget ada stepnya
juga. Nampak tak penari berbaju merah tu?
Sambil ada yang berkaraoke, mereka menari beramai-
ramai. Kiranya stepnya lebih kurang macam poco-poco
jugak tapi beraneka rentak.
Terhibur jugalah. Cuma makanannya tak kena dengan
lidah saya. Orang lain, tak tahu pula.. cubalah singgah.
Friday, June 29, 2012
al kisah hari ini..
(muka lepas kena inject)
Anak dara ni, dah 2 hari tak sekolah. Sekarang ni
di sekolahnya tengah meroyan berlatih sukan. Semalam
tak sekolah sebab kaki terseliuh. Jadi lepas balik
kerja panggil jiran datang urut dia. Ok, jadi malam tadi
hantar pergi Tusyen.. Tak sampai 2 jam, guru tusyen hantar
sms dan kata dia sakit perut. Terus abahnya ambik dan
bawak ke klinik yang berada tidak jauh di bawah
tempat tusyen. Gastric menyerang secara mendadak.
Pagi tadi sebelum saya pergi kerja, dia kata sakit
perut tapi kurang dari malam tadi. Jadi dia dihantar
ke taska sebab doktor telah bagi dia mc.
Alih-alih, tengahhari tadi telefon menangis-nangis
sebab perut sakit sangat. Kelam kabut saya balik
dan bawak dia pergi klinik lagi satu di tempat tinggal
kami.
Depan doktor dia menangis, sehingga doktor suruh
saya bawak pergi Hospital Putrajaya. Masalahnya,
saya tak cam jalan ke sana.
Penyudahnya doktor bagi refer letter dan suruh saya
bawak dia ke Klinik kesihatan Salak. Sampai sana,
terus masuk bahagian emergency dan dia diberi 1
suntikan. Sakit telah berkurangan semasa berjumpa
dengan doktor.
Dibekalkan dengan 2 lagi ubat dan akhirnya dia
sihat dan boleh menyanyi dan ketawa terkekek-kekek..
Alhamdullilah.
Saturday, June 23, 2012
Krusus.
Dari 18 - 22 June saya telah tamat menghadiri
krusus DGR Goods. Atau bahasa yang senangnya adalah
krusus bagaimana mahu mengendalikan barang yang
mudah meletup ataupun berbahaya untuk diterbangkan
(naik flight).
Krusus ini diadakan di MAS Academy di Kelana Jaya.
Awal pagi dah kena keluar rumah. En hub yang hantar.
Saya tak berani memandu jauh, ditambah pula
dengan keadaan jalan yang jem setiap hari.
Ini adalah gambar kapal terbang A380 yang telah
di cat baru. MAS punya warna kapal terbang ada
dua jalur iaitu merah dan biru. Tetapi sekarang
ini, inilah warnanya.. (apa yang saya dengarlah).
Seramai 14 orang yang masing-masing tidak mengenali
antara satu sama lain di dalam kelas, sedikit menghiburkan.
Ditambah pula dengan trainer yang bijak menarik minat
kami.
Gambar enjin kapal terbang. Nampak comel sajakan,
tetapi ia mampu bergerak jauh. Sekali pandang macam
lampu pun ada. hehe..
Selepas habis mendegar, membuat latihan, mempraktikkan
apa yang diajar kami dikehendaki menduduki peperiksaan
pada hari terakhir iaitu semalam.
Jika lulus, kamai akan diberi Certificate dan nama kami
akan disubmit ke D.C.A (department civil aviation).
Insya-ALLAH.
Di Academy itu juga adalah tempat pramugari/pramugara
menghadiri temuduga, membuat latihan di dalam
flight, make up dan macam-macam lagi.
Jadi setipa hari, memang kami akan bertembung dengan
wanita-wanita cantik, dan lelaki yang lembut tingkah
lakunya..
Sedikit ngeri juga, sebab rasanya saya 10 kali
keras dari mereka...

Saturday, June 09, 2012
Sunday, May 20, 2012
Bayang-bayang..
Pernah tak anda ambik gambar bayang-bayang
sendiri?
Saya baru pertama kali. Dengan siapa lagi
kalau bukan dengan anak dara saya..
Jauh tu, kami ambik dekat Geylang Serai
kat Singapore.
Dalam bersantai menuju ke bas, bila
tengok bayang-bayang sendiri, terasa jakun
sebentar. Eiii, besarnya aku.
Tapi memanglah, walaupun saya besar dan tinggi
saya tetap akan rasa jakun bila ada perempuan
yang lebih besar dan tinggi dari saya.
Rasa macam takjub. Agaknya ada tak orang pandang
saya macam tu? tertanya-tanya jugak..
Friday, May 11, 2012
Kini..
Badan tak berapa sihat. Rasanya sepanjang tahun ni
saya demam 'on' 'off'..
Tak pasti pulak kenapa, dan saya kurang suka
berjumpa dengan doktor. Kalau tak terdaya
atau ubat dalam simpanan habis baru pergi.
Keadaan kerja juga tidak memuaskan hati. Ada
yang terbuku dan terpendam. Tak tahu macam
mana nak luahkan perasaan marah, menyampah,
meluat...
Ibaratnya macam 'tong sampah'lah..semua
campak kat kita. Dah kita ni kuli, buat
sajalah walaupun benda tu bukan tahap kita
yang sepatutnya kena buat..
Sedang cuba berfikiran positif.
Tuesday, April 24, 2012
Akid..
Gambar Akid, adik kepada Kong yang telah
lama tak ingat nak balik rumah..
Diberanakan didalam peti surat. Layan gambar
yea.
lama tak ingat nak balik rumah..
Diberanakan didalam peti surat. Layan gambar
yea.
Wednesday, April 18, 2012
Rezeki hari ini..
Rezeki hari ini. Sup ayam kampung dan sambal
goreng ikan bilis (yang besar dan tebal tu )..
Ada yang terliur tak? ;P
Wednesday, April 11, 2012
Allahuakhbar.
"Nak mangga bang?" Saya bertanya.
"Tak nak, saya pun dah tak de mood. Selalunya
yang rajin makan dia, tapi malas kopek. saya yang tukang
kopek. Allahuakhbar.." Dia menjawab
"Sabar ye bang.." Saya membalas.
"Nak pargi kedai kejap, nak beli lauk.
selalu tu beli jugak, tapi kini tak sama." Dia
sambung cerita.
"Iya, saya faham..." Saya jawab.
"Allahuakhbar..." Dia kata lagi...
" Rasa dah tak sanggup masuk dalam rumah. Asyik
duduk kat depan je..." Sambung dia lagi..
"Ye, saya faham.." Saya balas lagi...
"Allahuakhbar.." Kata dia lagi sebelum beredar..
Itu perbualan saya dengan abang sebelah yang kehilangan
isteri minggu lalu.
Kasihan.. tapi siap kita untuk menolak takdir...

Friday, April 06, 2012
Hanya 10 hari....
Terasa penat.
Selagi hidup, inilah kehidupan kita. Tak lari ke mana.
Sebagai :
Hamba Allah - Memang akan terus menjadi hamba-Nya sehingga
badan hanya tinggal tulang. Semua akan kembali kepada-Nya
cuma tidak pasti bilakah waktunya. Syukur Alhamdullilah
jika umur kita panjang selama 10 minit lagi.
Sebagai :
Perkerja - Bangun pagi pergi kerja balik petang. Cukup bulan
dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Badan penat, otak letih.
Sebagai :
Isteri : Kewajipan. Jawatan yang dipegang setelah terlafaznya
akad nikah. Tanggungjawab menjadi besar. Tingkah laku, jejak
langkah semua harus di ambil kira.
Sebagai :
Ibu : Tanggung jawab. Gelaran yang disandang apabila adanya
seorang anak di rumah. Makan, pakai, sakit ..semuanya perlu
di jawab.
Ahli keluarga : Keluarga suami + isteri menjadi satu apabila
telah berkahwin. Kenduri perlu dihadiri walaupun hanya mahu
mencukur jambul.
Jadi bila masanya untuk diri sendiri? Bila masa mahu berehat?
Maksud saya hanya fikir untuk diri sendiri?
Bila masanya kita tidak perlu fikir:-
1) Kerja dan siap ke belum. Atau aku dah buat
ke apa yang bos aku suruh buat tadi?
2) Baju dah basuh ke? Nak masak apa hari
ni? Suami balik pukul berapa?
3) Apalah yang anak aku makan hari ni? Sihat
ke dia?
4) Minggu ni si anu buat kenduri ke? Kenduri apa?
pukul berapa nak pergi?
Anda jawablah sendiri.
Siang sudah sibuk dengan kerja office, balik pulak sibuk
dengan kerja rumah. Berehat sekejap, lepas tu tidur..
Esoknya ulang balik benda yang sama. Pernah tak anda semua
berfikir, bila semua ini akan habis dan kita benar-benar
berehat secukupnya?
Saat berganti, minit berlalu, jam berlari, hari
meluncur, bulan tanpa henti, tahun juga bertukar. Jadi
bila??
Adakah semua ini akan berterusan sampai kita mati. Buat
benda yang sama sampai mati...
Sebagai hamba-Nya memang akan ada cuti untuk kita (bagi yang
perempuan)
Sebagai pekerja pun ada cuti untuk para pekerjanya. Tinggal
nak memohon je pada majikan.
Sebagai isteri dan ibu? Entah tiada jawapan untuk itu. Hanya
sang suami saja yang berhak meluluskan atau memberi
jawapan.
Anda semua (para suami) pernah tak offer kat isteri anda,
supaya pergi bercuti? Untuk merehatkan badan tanpa anda atau
pun anak-anak.
Kalau ada, baguslah.. Kerana kita semua perlukan masa
untuk diri sendiri. Hanya diri sendiri!
Sudah lama terfikirkan semua ini, sehinggalah lahirnya cerpen yang bertajuk
' Hanya 10 hari' yang telah tersiar tahun lepas lagi..
Saya mahu memohon cuti juga tapi takut kecewa. Jadi duduk
saja diam-diam...tunggu je lah...

Tuesday, April 03, 2012
Chop cikgu..jangan tak chop..
(Kerja belum disiapkan)
Wah, canggih cikgu sekarang ye. Main chop je,
siap dengan gambar kartun marah lagi...
Anak dara saya tunjuk tadi, sebab dia terlupa nak
buat kerja sekolah dia untk pertama kali
tahun ini..
Dulu, zaman saya sekolah kalau buat kerja sekolah bagus.
akan dapat chp bintang. Memang seronok.
Darjah 2 masa tu, lepas tu kira dan bandingkan semasa
rakan sekelas. Siapa yang dapat banyak bintang.
Agak-agaknya, ada lagi tak cikgu bagi chop bintang
sekarang ni?
Subscribe to:
Posts (Atom)