Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Wednesday, November 09, 2011

Membebel lagi.....

Hari ini saya menjadi 'bidan terjun'
di team saya. Selama ini saya tidak pernah
menyediakan awb (dokumen) untuk kargo export.

Bos saya ada DG Course (dangerous good course).
Jangan ingat kahwin je ada course aa... Course ini
penting, untuk tahu bahan apa (yag mudah terbakar)
yang boleh naik flight.

Saya pun tak tahu pasal DG Cargo ni.. Memang sangat
susah bagi saya. Ada kelas-kelasnya tersendiri..

Jadi dia memang tidak masuk office dan tidak menjawab
panggilan kecuali waktu rehat.

Yang 1 lagi staff lama ni pulak, buat'dajal'.
Cuti sakit. Yang ada hanya saya dan seorang lagi
staff baru. Baru je masuk semalam. Sudah tentu
dia masih lagi 'kosong' dengan system kami.

Oleh kerana ada barang yang mahu terbang pada pukul
8 malam ni, saya hendak tak hendak terpaksa membuat
dokumen itu dengan berpandukan arahan yang diberi
oleh bos saya melalui telefon.

Memang tak kenyang saya makan hari ni. Tengah makan
kena buat dokumen, sebab mengejarkan waktu
rehat (course) boss saya tu.

Memang saya dengar dia meluahka rasa tidak puas hatinya
tentang staf yang cuti sakit u, sehinggakan dia kata
'saya rasa nak lempang je dia'.

Masa staff baru tu belum masuk, boleh pulak dia
datag kerja walaupun tengah sakit. Nampak sangat
nak buat orang kelam kabut.

Jadilah saya charlie chaplin hari ni. Jawab call, email,
buat booking, prepare chq, arrange cargo collection...
Wah, memang meriah.Kena cover banyak kerja sebab ada staff
yang cuti. Kiranya jadi dewan bandaraya hari ni.

Ada pulak kes, cargo hilang. Lagi melentinglah
agent kami kat Thailand...Kena sabar dan tahan telinga
walaupun kena marah. Nak buat macam mana.. Cuma
kena follow up je dengan airline dan berharap
yang barang itu akan dijumpai secepat mungkin.

Memang boss saya ada suruh saya belajar prepare
doc tu, tapi saya cuma senyum. Sebabnya, saya
tak ada masa...

Alhamdullilah, boss saya datang office pukul
5 petang tadi, dan cover balik kerja-kerja
yang berlambak. Nasib baik saya dapat balik
macam biasa. Bolehlah 'training' lagi.

Esok, boss saya masih course lagi..Saya lagi
yang kena handle, jawabnya.Aduh! Stanby
kepala otak sebab kena updates agent kami tu..

Senyum! tak perlu kata apa-apa.. Senyum!...

Masalahnya, dia bukan nampak muka kita pun. Dia
siap 'call' lagi..Menjawab sudah!

No comments:

Post a Comment