Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, July 02, 2012

malam minggu yang lalu...

Hari sabtu, semasa pulang ke KL dari ipoh, kami singgah makan di Tanjung malim. Keluar dari toll Tanjung Malim, ada satu kedai makan yang dinamakan 'love u corner'. Semasa kami singgah tu ramai orang. Dalam hati berkata mungkin makanannya sedap dan mungkin malam minggu juga. Rupa-rupanya di situ disediakan 'karaoke' untuk menyanyi. Dan yang menariknya di situ ada joget lambak. Tapi bukan sebarang lambak. Ini joget ada stepnya juga. Nampak tak penari berbaju merah tu? Sambil ada yang berkaraoke, mereka menari beramai- ramai. Kiranya stepnya lebih kurang macam poco-poco jugak tapi beraneka rentak. Terhibur jugalah. Cuma makanannya tak kena dengan lidah saya. Orang lain, tak tahu pula.. cubalah singgah.

2 comments:

  1. aku ada nampak tapi sampai skrg aku tak terniat nak singgah lagi la..tak tau kenapa....

    ReplyDelete
  2. oo begitu.perasan tak, ramai orangkan?

    ReplyDelete