Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Saturday, June 23, 2012

Krusus.

Dari 18 - 22 June saya telah tamat menghadiri krusus DGR Goods. Atau bahasa yang senangnya adalah krusus bagaimana mahu mengendalikan barang yang mudah meletup ataupun berbahaya untuk diterbangkan (naik flight). Krusus ini diadakan di MAS Academy di Kelana Jaya. Awal pagi dah kena keluar rumah. En hub yang hantar. Saya tak berani memandu jauh, ditambah pula dengan keadaan jalan yang jem setiap hari. Ini adalah gambar kapal terbang A380 yang telah di cat baru. MAS punya warna kapal terbang ada dua jalur iaitu merah dan biru. Tetapi sekarang ini, inilah warnanya.. (apa yang saya dengarlah). Seramai 14 orang yang masing-masing tidak mengenali antara satu sama lain di dalam kelas, sedikit menghiburkan. Ditambah pula dengan trainer yang bijak menarik minat kami. Gambar enjin kapal terbang. Nampak comel sajakan, tetapi ia mampu bergerak jauh. Sekali pandang macam lampu pun ada. hehe.. Selepas habis mendegar, membuat latihan, mempraktikkan apa yang diajar kami dikehendaki menduduki peperiksaan pada hari terakhir iaitu semalam. Jika lulus, kamai akan diberi Certificate dan nama kami akan disubmit ke D.C.A (department civil aviation). Insya-ALLAH. Di Academy itu juga adalah tempat pramugari/pramugara menghadiri temuduga, membuat latihan di dalam flight, make up dan macam-macam lagi. Jadi setipa hari, memang kami akan bertembung dengan wanita-wanita cantik, dan lelaki yang lembut tingkah lakunya.. Sedikit ngeri juga, sebab rasanya saya 10 kali keras dari mereka...

4 comments:

  1. Ooo.. lepas ni bolehlah kenyit-kenyit mata kalau nak mintak seludup mercun... keh keh keh

    ReplyDelete
  2. Duludulu, naik MAS, bulih mintak replika eroplen MAS free...

    ReplyDelete
  3. Nizam,

    amboi, nak seludup ke mana tu..hehe.

    Sepa,

    eh, bukan kena beli ke?

    ReplyDelete
  4. eroplen kecik bulih dapat free... besar ibujari je pun. :)

    ReplyDelete