Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Thursday, June 09, 2011

Medan

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya naik
kapal terbang. Kalau tengok dari bawah memang
selalulah. Setiap apa yang kita lakukan, mesti
ada kali pertamanya.

Destinasi pertama adalah Medan, Indonesia. Cewah..
macam banyak je tempat lagi yang nak pergi lepas
nie.. Insya-ALLAH.

day 1
Hari Jumaat - 3 June flightnya pukul 9.45 malam. Masuk
kat tempat menunggu tu dalam pukul 8.50 malam rasanya.

Hanya 3 keluarga saja yang pergi. Kiranya 3 ayah, 3 ibu
dan 3 anak saja. Anak-anak semuanya perempuan.

Tunggu punya tunggu, ini budak sudah nampak maggie.
Terpaksalah emaknya melayan. Nie orang semua dah bangun
beratur, dia masih makan maggie lagi.


Perasaan saya biasa saja bila masuk dalam perut kapal
terbang. Nak kata teruja tidaklah sampai macam tu sekali.
Dapat pulak duduk satu baris dengan anak dan en hub.
Jenuhlah sepasang telinga saya mendengar komen anak
ngan bapak.. Maklumlah masing-masing juga baru pertama
kali naik.

Sampai Medan aiport dalam pukul 9.30 malam juga ( waktu
indonesia). Tak sampai 1 jam dah sampai. En hub tengah
belum habis isi 3 borang untuk masuk ke indonesia lagi..

Nampak tak Imigresen yang ada di hujung tu. Nampak
mukanya keletihan dan mungkin juga dia sememangnya
begitu. Takut saya melihatnya. Terasa macam nak makan
orang pun ada. Nasib baik saya bukan di line tu..


Keluar dari pintu airport, masing-masing tercari kelibat
supir yang sepatutnya mengambil kami. Tak nampak muka,
jadi kami menunggu sekejap. Ada juga yang cuba mengambil
kesempatan ke atas kami dengan mengatakan hotel yang kami
tempah itu, selalunya tidak menyediakan pengangkutan
dari airport ke hotel.

Salah seorang rombongan kami meminta tolong dengan
staf air asia yang berada di airport untuk menelefon
hotel. Tidak lama kemudian muncullah supir yang
ditugaskan mengambil kami. Rupanya dia memang
ada di situ, Cuma kami tidak nampak.

Telinga kami di jeritkan dengan bunyi hon dari para
pemandu jalan raya. Rupanya semua pemandu memang
menggunakan hon untuk berkomunikasi. Kalau tengok
supir itu memandu memang menakutkan. Jarak kenderaan yang
terlalu dekat, membuatkan kami takut. Iyalah, kitakan
pemandu yang berhemah..cewah…

Pada anggapan saya, jika pemandu membunyikan hon
dua kali 'pin-pin' seolah-olah meminta pemandu
lain memberi laluan dan juga memberitahu
yang mereka ada berdekatan.

Dan masing-masing seolah -olah sudah maklum. Terus
memberi jalan. Kalau kat Malaysia, dah kena sumpah serah.
Silap-silap kena 'parang'.

Dalam 15 minit perjalanan, sampailah hotel yang kami
tempah di Grand Sakura. Tempahan secara online telah
dibuat di Malaysia, tetapi bayarannya belum lagi.
Terdapat system error semasa 'chin Nee' mahu membuat
pembayaran. Jadi kami di kehendaki membayar di
reception hotel.


Terjadilah perkara yang kelakar. Semasa pekerja hotel
memulangkan wang baki, masing-masing berkerut dahi,
kerana ternyata ianya tidak mencukupi.
Ada lagi 640 rupiah tidak dipulangkan. Pekerja hotel
pun berkata begini, " maaf buk, ngak ada wang kecilnya."

Saya tidak berpuas hatilah kiranya. 640 dikalikan dengan 3,
kiranya banyak tu, dalam fikiran saya. Siap keluar
kalkulator lagi, dan kira dengan sesungguhnya. Nak tahu
berapa bakinya jika ditukarkan dengan Rinngit Malaysia?
60 sen je…Hahaha..masing-masing gelak tak ingat..

Naik hotel, mandi dan tidur.

Day 2

Sarapan di hotel telah termasuk dengan harga bilik.
Makanan yang ringkas dan sedap.

Supir yang kami tempah dari Malaysia juga telah sedia
menunggu. Kiranya gerak dalam pukul 8 juga. Mengikut
kata supir tu dari Medan ke Lake Toba mengambil masa
dalam 5 jam perjalanan.

" Mau makan Roti kacang?" Pertanyaan supir membuatkan
kami tercengang-cengang. Dalam hati saya berkata juga,
roti kacang kat Malaysia pun banyak. Apalah supir ni.

Setelah dia berhenti di satu bangunan kedai, yang
encik hero-encik hero tadi semua keluar. Layan jelah
supir ni. Rupanya-rupanya biskut kacang. Kat situ
mereka panggil 'Roti'. Memang sedap, sebab ianya fresh.
Yang kami makan itu masih terasa suamnya.


Perjalanan diteruskan. Pak supir membawa kami ke satu
tempat yang di gelar Teng-teng (rumah kedai). Apa yang
dijual? Lebih kepada makanan ringan - bepang, biskut
bijan dan segala mak nenek. Saya tak beli pun.
Cuci mata je.


Perjalan ke Lake Toba diteruskan lagi melalui Prapat.
Yang saya perhatikan sepanjang jalan, mereka suka bertani.
Kacang tanah, jagung dan padi sememangnya di tanam
di sepanjang perjalanan. Dan saya tidak nampak
pun masjid atau surau di situ. Yang ada hanya Gereja.

Dan sekali lagi hero-hero yang ada di dalam van itu
turun termasuklah pak supirnya. Tetapi kali ni bukan
untuk membeli-belah, cuma menabur budi meolong tolak
van yang rosak ke tepi.


Setelah puas duduk di dalam van dengan jalan yang
lebih mencabar dari bukit putus, kami pun sampai
di Lake Toba dalam pukul 1 lebih. Perut sudah lapar
dan kami di bawa ke satu kedai makan Minang.

Pada saya makanannya sedap. 10 orang makan kami kena bayar
300000 Rupiah ( kiranya 110.00 duit malaysia).


Setelah perut kenyang, masing-masing sibuk bergambar.
Tasiknya memang besar dan cantik.

Pulau Samosir kami terjahi dengan menaiki bot laju.
Bayar 600000 Rupiah untuk satu bot ( RM 20.00 untuk
pergi dan balik - 1 orang).

Apa yang ada? Tempat shopping. Macam-macam ada.
Beli jugalah untuk buat kenangan.


Semasa mahu menaiki bot di jeti, saya telah diserbu
oleh seorang peniaga kacang rebus dan juga seorang
perempuan tua. Mereka berdua memujuk saya membeli
kacang rebus, tetapi saya menolak.

"Bapak, ibunya ngak mahu beli…" Berlari pulak penjual
berdua itu ke arah suami saya. Rupa-rupanya suami
saya suruh penjual itu pergi dekat saya. Bila suami
kata beli, saya pun belilah. Beli kerana terpaksalah
kiranya. Kalau ikut saya 'NO' je…



Kami meninggalkan lake toba diiringi dengan hujan
lebat. Menuju pula ke air terjun Piso-piso. Perjalan
yang mengambil masa 2 jam memang memenatkan. Hujan
bertambah lebat. Sesekali terasa ngeri juga bila memikirkan
van yang kami naiki terpaksa lalu dilereng-lereng gunung.

Hampir pukul 6 petang, kami sampai di air terjun piso-piso.
Sejuknya ya amat. Rasanya kalau duduk dalam peti sejuk
pun tak sejuk macam tu (macam pernah duduk dalam peti
sejuk pulak!).hehehe…


En hub tak turun kerana sakit kepala terkena hujan.
Rasa macam tak nak turun juga, tapi redah je dalam
hujan sebab bukannya tiap-tiap tahun nak datang kat
situ. Alang-alang dah sampai, basah pun basah la…

Makan malam kami di Brastagi. Sepanjang jalan ke
sana kami tak nampak apa-apa. Gelap gelita, ditambah
dengan bunyi hon sedikit memeningkan kepala.

Pak supir mencadangkan kami minum sejenis teh yang
dipanggil teh bandrek. Pernah makan kek lapis
yang berempah tu? Mengikut kata kawan saya begitulah
rasa teh itu. Hahaha..

Saya Cuma makan nasi goreng dengan telur mata sapi.
Sedap dan semasa makanan di hantar ada disediakan
keropok, cili api kecil dan juga bawang merah kecil.
Kiranya kalau ada belacan dah boleh
buat sambal belacan dah tu.. Style mereka.


En hub dan anak saya makan mee sup. Mee nya
pulak macam maggie. Kerinting-kerinting…Macam
rambut ' aina shepia; pun ada.
( Aina jangan marah..pin-pin..)

Sampai kembali ke hotel, hampir pukul 11.30
malam (waktu depa). Mandi dan tidur.

day 3

Sarapan yang sama saya makan. Ada juga makanan
lain, tetapi saya sukakan nasi gorengnya.

Keluar dari hotel pukul 10.00 pagi. Pak supir membawa
kami ke satu pasar tetapi saya tidak pasti di mana
dan apa nama tempatnya. Macam-macam yang ada di jual di situ.

Telekung, baju, jubah, tudung dan macam-macam
lagi sememangnya menarik perhatian orang yang suka
'shopping'. Tak lama kami disitu.



Nampak tak kepala 2 budak botak tu? Ipin dan Upin
memang terkenal di Indonesia. Entah ada sambutan
apa kat Plaza medan ni, saya pun tak tahu. Cuci mata juga.



Makan tengahari kami hari tu adalah di restoran
kapau Umi. Kalau kat Malaysia, kapau itu bererti
bersepah. Baru nak duduk makanan dah sampai. Adalah
dekat 10 lauk yang dihidangkan kat kami. Tapi
ada juga yang kami tolak, seperti otak lembu
masak lemak cili api dan juga perut tenusu masak kari.
Tak biasa makan.


(cashier)

(tabung derma) sekali pandang, bunyinya lain macam.

Kalau tak nak makan, jangan diusik. Letak saja tepi
hidangan itu. Jadi ianya tidak akan di kira. Belaja
makan 300000 Rupiah. Kat Medan nie, masing-masing jadi
OKB. Main ribu-ribu je…hehehe..
Lagi satu, kita duduk je dia orang dah hidangkan 1 mangkuk
air basuh tangan setiap seorang..kat Malaysia tak ada kan..

Pak supir membawa kami ke Wildlife International Museum.
Sejuk je tempatnya. Ada macam-macam binatang yang telah
diawetkan kat situ. Tak ada bau pun. Memang sesuai dan
cantik. Anak-anak juga gembira.

Siapa terima rasuah kena tangkap.

Pintu masuk Galeri.




Istana Maimun kami lawati. Ramai juga pengunjung
masa tu. Hari juga sudah mahu hujan.Kepala saya
sudah berdenyut-denyut. Capai panadol dan ubat
migrain. Telan.



Singgah pula di Masjid Maimun. Masjid lama. Cantik
senibinanya. Hujan mencurah dengan lebatnya. Apalagi,
sekali lagi mandi hujan.



'Ooo.. Cantiknya…bla..bla..' Telinga saya tidak dapat
menangkap apa yang diborak dan diceritakan oleh penghuni
van. Saya sudah overdose.
Terlebih sudah. Yang pastinya van yang kami naiki
singgah di satu tokong yang besar. Hero dan kawan
china kami pergilah melawat tokong.

Sekadar mengambil hati kawan-kawan. Ia lah, tadi
mereka masuk masjid, siap pakai tudung lagi.. La nie
giliran kami pula..


Sebelum kembali semula ke medan airport, singgah
dulu kat Sogo Medan. Apa yang menarik? Macam-macam
ada. Dan saya seperti berada di awangan bila nampak
buku. Itu yang menarik perhatian saya, dan saya
sempat capai 6 buah buku dengan harga 92800.00
( tak sampai pun RM 30.00).

Sampai di airport, setiap orang dikenakan
bayaran cukai sebanyak 75000 Rupiah. Bayar je
lah. Janji dapat balik Malaysia.

Semasa di medan airport, terkeluarlah cerita
dari mulut En hub. Rupanya anak pak supir kami
tu sakit. Memang tabik springlah kat pak supir
tu. Masih boleh tersenyum melayan kami. Kalau kita
anak sakit je dah tak tentu arah.Memang profesional
demi mencari rezeki.

Sampai LCCT dalam pukul 11.00 malam…..Berakhirlah
perjalanan saya selama 3 hari ditempat orang…..

Mungkin tidak semuanya manis, tetapi itu semua
akan menjadi kenangan di dalam hidup.. Insya-ALLAH.

3 comments:

  1. Aku ada pasang angan-angan nak ke sana tapi belum sampai - sampai lagi la...

    ReplyDelete
  2. akak..syok dgr percutian akak..nk tanay bape charge yg dikenakan oleh pak supir akak tu..utk 3 hari....ada no tel pak supir tak..sy nk gi awl nov ni.

    ReplyDelete
  3. kami guna pakej dari malaysia.. email kat akak : ila@birkart.com.my
    nanti boleh akak bagi contact number agent tu..

    ReplyDelete