Apa yang saya lakukan sepanjang cuti tahun baru cina?
Sabtu: 13 February
Kami pergi Bagan Lalang, Sepang. Tak rancang pun..bukak je mata 'jom pergi bangan lalang'. Suami on. Singgah pejabat pos dulu. Sarapan dan terus ke sana. Perjalanan mengambil masa kira-kira 45 minit juga. Saya kalau ke sana, air laut mesti surut..mesti air tu jauh ke tengah...sempat singgah beli ketam, pepahat, kijing dan kepah. Yang silapnya pulak, tak bawak tong ikan(yang warna putih tu.)nasib baik adik yang jual ikan siap isi ais dan bungkus dengan kertas surat khabar..
Walaupun air tak pasang, kami lepak-lepak bawah pokok rhu.. angin bertiup memang best. Ramai juga orang yang datang. Siap pasang khemah lagi..Dalam pukul 12.30 kami balik. Masa nak balik, kereta sudah banyak menuju ke arah Port Dickson...
Lepas maghrib, buat BBQ tiga beranak kat depan rumah.. bakar ketam dan ayam....layan...bagi jiran sebelah sikit..tapi kawasan rumah memang sunyi..mungkin semuanya balik kampung..
Ahad : 14 Februari.
Masa nak pergi pasar, dapat panggilan yang adik ipar nak singgah rumah. Dia balik dari Nilai 3...Sehingga pukul 9 malam baru balik..tapi masa minum petang, kami sempat planning nak pergi berendam kat Ulu Yam keesokkannya.. Maklumlah sekarang ni kan musim panas...apalagi melompat-lompat lah anak dara saya..suka..
Isnin : 15 Februari
Pagi-pagi dah bangun..masak spagheti goreng dan sup cendawan (yang macam kat pizza hut tu).
pukul 10.30 baru keluar dari rumah, sebab suami pergi tukar tayar kereta adik ipar dulu (malam tu dia balik menggunakan kereta kami, sebab kedai tayar tak buka..takut apa-apa hal di tengah jalan sepanjang nak balik ke Rawang).
Sampai Ulu Yam dalam pukul 12.10. Jem giler masa nak naik bukit..kereta terlalu banyak sehinggakan nak parking pun susah. Sampai sana, makan dulu..perut dah berlagu sakan. Manusia punyalah ramai....
Balik dari kawasan tu, dalam pukul 6.00 petang. Singgah lepak kat Selayang dulu..Lepas Maghrib baru balik...itu pun sebab anak dara saya dah merengek kepenatan... Sampai rumah dalam pukul 9.15 malam..
Selasa : 16 Februari
Rehat dan tidur... petang baru gi Stadium untuk berjoging, tapi tutup pulak..ada tak ada, cuma berlari-lari anak saja...maklumlah kolestrol dah banyak dalam badan..he..he..
Hari ni bila nak pergi kerja, terasa malas yang amat...waduh-waduh...
No comments:
Post a Comment