Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Tuesday, April 24, 2012

Akid..

Gambar Akid, adik kepada Kong yang telah
lama tak ingat nak balik rumah..

Diberanakan didalam peti surat. Layan gambar
yea.





Wednesday, April 18, 2012

Rezeki hari ini..




Rezeki hari ini. Sup ayam kampung dan sambal
goreng ikan bilis (yang besar dan tebal tu )..

Ada yang terliur tak? ;P

Wednesday, April 11, 2012

Allahuakhbar.

"Nak mangga bang?" Saya bertanya.

"Tak nak, saya pun dah tak de mood. Selalunya
yang rajin makan dia, tapi malas kopek. saya yang tukang
kopek. Allahuakhbar.." Dia menjawab

"Sabar ye bang.." Saya membalas.



"Nak pargi kedai kejap, nak beli lauk.
selalu tu beli jugak, tapi kini tak sama." Dia
sambung cerita.

"Iya, saya faham..." Saya jawab.

"Allahuakhbar..." Dia kata lagi...


" Rasa dah tak sanggup masuk dalam rumah. Asyik
duduk kat depan je..." Sambung dia lagi..

"Ye, saya faham.." Saya balas lagi...

"Allahuakhbar.." Kata dia lagi sebelum beredar..

Itu perbualan saya dengan abang sebelah yang kehilangan
isteri minggu lalu.

Kasihan.. tapi siap kita untuk menolak takdir...

Friday, April 06, 2012

Hanya 10 hari....

Terasa penat.

Selagi hidup, inilah kehidupan kita. Tak lari ke mana.

Sebagai :

Hamba Allah - Memang akan terus menjadi hamba-Nya sehingga
badan hanya tinggal tulang. Semua akan kembali kepada-Nya
cuma tidak pasti bilakah waktunya. Syukur Alhamdullilah
jika umur kita panjang selama 10 minit lagi.

Sebagai :

Perkerja - Bangun pagi pergi kerja balik petang. Cukup bulan
dapat gaji. Cukup tahun dapat bonus. Badan penat, otak letih.

Sebagai :

Isteri : Kewajipan. Jawatan yang dipegang setelah terlafaznya
akad nikah. Tanggungjawab menjadi besar. Tingkah laku, jejak
langkah semua harus di ambil kira.

Sebagai :

Ibu : Tanggung jawab. Gelaran yang disandang apabila adanya
seorang anak di rumah. Makan, pakai, sakit ..semuanya perlu
di jawab.


Ahli keluarga : Keluarga suami + isteri menjadi satu apabila
telah berkahwin. Kenduri perlu dihadiri walaupun hanya mahu
mencukur jambul.

Jadi bila masanya untuk diri sendiri? Bila masa mahu berehat?
Maksud saya hanya fikir untuk diri sendiri?

Bila masanya kita tidak perlu fikir:-

1) Kerja dan siap ke belum. Atau aku dah buat
ke apa yang bos aku suruh buat tadi?

2) Baju dah basuh ke? Nak masak apa hari
ni? Suami balik pukul berapa?

3) Apalah yang anak aku makan hari ni? Sihat
ke dia?

4) Minggu ni si anu buat kenduri ke? Kenduri apa?
pukul berapa nak pergi?


Anda jawablah sendiri.

Siang sudah sibuk dengan kerja office, balik pulak sibuk
dengan kerja rumah. Berehat sekejap, lepas tu tidur..

Esoknya ulang balik benda yang sama. Pernah tak anda semua
berfikir, bila semua ini akan habis dan kita benar-benar
berehat secukupnya?

Saat berganti, minit berlalu, jam berlari, hari
meluncur, bulan tanpa henti, tahun juga bertukar. Jadi
bila??

Adakah semua ini akan berterusan sampai kita mati. Buat
benda yang sama sampai mati...

Sebagai hamba-Nya memang akan ada cuti untuk kita (bagi yang
perempuan)

Sebagai pekerja pun ada cuti untuk para pekerjanya. Tinggal
nak memohon je pada majikan.

Sebagai isteri dan ibu? Entah tiada jawapan untuk itu. Hanya
sang suami saja yang berhak meluluskan atau memberi
jawapan.

Anda semua (para suami) pernah tak offer kat isteri anda,
supaya pergi bercuti? Untuk merehatkan badan tanpa anda atau
pun anak-anak.

Kalau ada, baguslah.. Kerana kita semua perlukan masa
untuk diri sendiri. Hanya diri sendiri!

Sudah lama terfikirkan semua ini, sehinggalah lahirnya cerpen yang bertajuk
' Hanya 10 hari' yang telah tersiar tahun lepas lagi..

Saya mahu memohon cuti juga tapi takut kecewa. Jadi duduk
saja diam-diam...tunggu je lah...

Tuesday, April 03, 2012

Chop cikgu..jangan tak chop..


(Kerja belum disiapkan)

Wah, canggih cikgu sekarang ye. Main chop je,
siap dengan gambar kartun marah lagi...

Anak dara saya tunjuk tadi, sebab dia terlupa nak
buat kerja sekolah dia untk pertama kali
tahun ini..

Dulu, zaman saya sekolah kalau buat kerja sekolah bagus.
akan dapat chp bintang. Memang seronok.

Darjah 2 masa tu, lepas tu kira dan bandingkan semasa
rakan sekelas. Siapa yang dapat banyak bintang.

Agak-agaknya, ada lagi tak cikgu bagi chop bintang
sekarang ni?

Monday, April 02, 2012

Mati itu pasti.

Jiran sebelah rumah saya meninggal semalam. Ya, saya tahu
ajal dan maut bukan di tangan kita.

Saya sedikit terkilan yang sebenarnya. Sebab saya
nampak arwah semasa sedang menunggu enjin kereta
dipanaskan sebelum pergi melawat emak saya di Senawang.

Waktu itu mungkin dalam pukul 2.30 petang, arwah baru
balik. Sedikit terkocoh-kocoh membuka pintu pagar
dan terus masuk ke rumah. Masih saya ingat, arwah
memakai baju merah berbelang dan memakai tudung
berwarna merah hati.

Ketika itu, saya memang tidak menegur memandangkan
saya berada agak jauh dari arwah. Itu yang saya kesalkan.

Semasa sampai dari rumah dalam pukul 8.30 malam, mendapat
berita yang arwah telah meninggal.

Lemah lutut dan hati terasa sedikit sebu..Mengikut kata
jiran sebelah kanan saya, arwah meninggal semasa
dalam kereta dalam perjalanan menuju ke Hospital Banting.

Sewaktu azan maghrib berkumandang, arwah pergi
Rupanya sewaktu yang saya ternampak arwah waktu
itu, arwah baru balik dari Hospital Putrajaya. Dengarnya
siap masuk air dalam badan lagi.

Apa yang saya tahu, arwah tiada penyakit. Tetapi
tak tahulah kalau arwah memang berpenyakit.

Berumur lingkungan 52 tahun kerana beliau masih
belum pencen dari berkhidmat dengan MAB (polis
airport).

Arwah memang berkerja shift jadi saya memang jarang
berjumpa dengan arwah. Saya pergi kerja, arwah
balik rumah..begitu juga sebaliknya.

"Lama tak nampak kak? Sihat ke?" Itu yang selalu
saya tanya jika nampak arwah. Dan arwah selalunya
menjawab sambil ketawa.

Pagi tadi dalam pukul 12.50 pagi, jenazah di bawa
balik ke rumah. Telah siap dikafankan dan di sembahyangkan
di hospital.

Jenazah di bawa balik ke rumah untuk kali terakhir untuk
di tatap dan disembahyangkan sekali lagi oleh jiran dan juga rakan sekerjanya.
Dapatlah saya melihat mukanya sebelum dibawa ke Johor
untuk dikebumikan.

Ini yang bermain difikiran saya ketika ini.. Kalau kita tahu
bila kita akan mati, apa yang akan kita buat?

Duduk di tikar sembahyang? Habiskan segala wang simpanan?
Makan apa yang kita mahu?

Saya benar-benar terasa sedih. Saya cuma berharap yang
saya dapat memeluk anak saya dan memohon maaf dari
orang yang terdekat dengan saya..

Bagaimana kalau kita mati tanpa sempat meminta maaf? Mungkin
waktu itu kita baru lepas bergaduh dengan pasangan kita.

Mungkin juga waktu itu, kita baru lepas memarahi anak kita
dan anak kita merajuk dan menghempas pintu.

Agak-agaknya kita sesal tak?