Selamat datang.

Selamat singgah.

Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.

Selamat membaca dan berkongsi rasa.



Monday, May 24, 2010

3 minit

Apa yang dapat dilakukan dalam masa tiga minit dan apa yang boleh berlaku di dalam masa tiga minit. Macam-macam boleh berlaku. Dan yang pastinya sesuatu telah berlaku pada hari ahad lepas (23 May 2010)

Waktu : 5.20 am

Suara jeritan arnab kedengaran di telinga saya. Saya tidak tahu bagaimana mahu mengambarkan bunyi arnab. Pada yang tak tahu, mungkin hati akan berkata-kata atau bertanya sendiri..Bagaimanakah bunyi arnab.

Saya menjenguk tingkap dan dapat melihat seekor arnab saya terlepas dari kandang. Lantas mengejutkan suami " bangun, Ku Pian terlepas."

Suami pula bangun dan menjenguk di tingkap. "Cepat! Ada anjing."
Dalam kelam kabut mencapai tudung dan kunci, suami pula sibuk mencari lastik. Apabila pintu dibuka, saya tidak dapat melihat kelibat arnab saya lagi.

Bukan Ku Pian yang terlepas, rupanya Akid. Apabila pintu pagar di buka, saya hanya dapat melihat anjing yang dua ekor itu berlari pantas dan menggonggong Akid. Saya hanya dapat memandang dari jauh. Sudah dapat mengagak apa seterusnya yang berlaku.

Saya tidak mendengar sedikit pun bunyi anjing. Selalunya anjing-anjing itu akan hanya berada di luar pagar.

Ini bukan kali pertama arnab saya terlepas. Selalunya dia tidak akan pergi jauh. Hanya di depan rumah sahaja. Pernah juga kami balik kampung, Akid dan chinta terlepas. Apabila kami balik, mereka sudah tunggu di depan pagar rumah.

Mungkin kali ini, Akid tidak bernasib baik. Saya masih tidak dapat melupakan Akid. Semasa entry ini ditulis, hati saya masih lagi sebak. Saya cuma berharap yang airmata saya tidak tumpah lagi.....

Akid yang menunduk manja apabila diusap.....Wahai hati, bersabarlah...

Friday, May 21, 2010

Kentang yang cun...



Saya Kentang. Tuan saya suka panggil saya dengan nama tu. Yang warna hitam sekerat
macam taik cicak tu, kembar saya tu…Perasan sangat yang dia tu cantik…Saya lagi
cantikkan??

My name is Teleng



Hi! Nama aku Teleng. Sebabnya, kepala aku tersepit di celah kandang semasa
aku diberanakkan. Patutnya tuan aku kena letak tilam empuk dalam kandang tu…Terjamin sikit keselamatan adik beradik aku yang lain kan....ye tak?? Akibatnya dua lagi kembaraku 'jalan'…ish…ish..kesian…Tapi salah ibu aku jugak… Tak cakap pun nak beranak. Jadinya bapak dan ibu aku, duduk dalam kandang yang sama…sendiri mau ingatlah…
Ibu aku Jasmin, bapak aku Nik…Ibu aku tu garang bangat..Aku diberanakkan pada 27 April 2010.
Tu yang bawah tu, kiranya adik sepupu aku ler tu..Perasan 'rock' sangat..Pigi dah!!!!

Manggis



Yo! Yo! Nama gua, Manggis. Entah apa-apa lah tuan gua tu. Punya banyak nama yang
sedap, dia boleh letak nama Manggis. Tak glemer langsung…
Nama bapak gua, Akid. Nama ibu gua, Chinta. Sedap nama ibu bapak gua kan…
Patutnya tuan gua tu letak nama gua Brad pit ke, David Beckham ke..(betul ke ejaan ni?)
Gua ada kembar lima. Gua pun tak ingat, gua giliran yang keberapa keluar dari
perut ibu gua… Yang pastinya gua tetap menawan..sebab? Sebab warna gualah beb..
lain dari yang lain.. Berkilat sekerat, macam gua pakai seluar..wa cakap lu…
Gua diberanakkan pada 30 April 2010..Berapa umur gua? Lu pikirlah sendiri….

Tuesday, May 11, 2010

Ahad dan Isnin.





Gambar 1
Hari Ahad: Alhamdullilah, saya sampai juga di Cheras. Dua tiga hari sebelum tu, hati berbelah bagi. Nak pergi ke tak? Kalau sakit sangat, memang tak mahu pergi. Sehinggalah ke pagi ahad. Bangun tidur, rasa ok. Terus pergi.

Satu perkataan saja yang dapat digambarkan. PUAS. Terima kasih kak Maria...
Gambar diambil dari FB MK.

Gambar 2
Hari Isnin:Officemate yang akan berhenti kerja. Sedikit jamuan diadakan. Order sate dan nasi goreng udang..Ada buah-buahan sikit. Pagi tu sempat juga saya masak agar-agar santan di office. Office kami ni ada pantry yang serba lengkap jugak la... Setelah bekerja hampir sama hampir 4 tahun, berpisah juga hari ini.

"Seronok, sebab cukup bulan je dapat makan free.." Itu kata-kata officemate saya akan berhenti tu..Memang setiap hujung bulan semasa close account, kami akan masak di office dan makan ramai-ramai...

Semoga dia gembira dan berjaya dengan apa yang dilakukan (yg berdiri di no 4)

Saturday, May 08, 2010

Ibu.

Seorang emak boleh menjaga dan membelai anak yang seramai sepuluh orang, tetapi anak yang seramai itu belum tentu boleh menjaga emak yang seorang. Itu adalah kata-kata yang selalu kita dengar sekarang ini.

Semua orang ada emak. Kalau tak ada emak, dari mana datangnya kita. Dari perut bumi atau dari angkasa lepas??

Persoalannya, dalam sehari berapa kali kita bersua muka dengan emak kita? Dalam seminggu berapa kali kita menelefon emak kita? Dalam sebulan berapa banyak masa yang kita peruntukkan kepada emak kita? Anda sendiri yang perlu menjawabnya.

Ada satu kisah. Kisah jiran saya di sebelah rumah yang merupakan ibu tunggal ketika itu. Mempunyai 6 orang anak. 4 orang perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Semuanya lulusan universiti. Walaupun anaknya ramai, hanya seorang saja yang selalu berada dengannya. Yang lain tak nampak muka, apalagi bayang.

Kalau hari raya, lagilah sedih. Yang seorang(no 2) itu sajalah yang menunjukkan muka. Yang lain hilang. Angah telah berkahwin pada masa tu, jadi dia kena pulang ke kampung belah suami yang berada di terengganu. Jadi bila pagi raya tinggallah si emak nie seorang diri. Duduk diam tidak keluar rumah.

Cuba kita bayangkan, duduk seorang diri mendengar takbir raya, tanpa anak yang bersalam meminta ampun, tanpa masak-masak apa-apa. Kalau masak tak anak-anak yang nak makan...Apa perasaan seorang emak ketika itu. Kalau dia tiada anak mungkin tidak terkilan.

Dan yang saya tak boleh lupa, jiran saya mengadu dengan saya sambil menangis. Anaknya meminta kembali wang yang telah diberikan. Bukannya banyak pun, tetapi si anak mengungkit...Bersabarlah, itu saja yang dapat saya katakan kepadanya.

Dia selalu berkata, yang dia tidak memerlukan wang. Cuma kasih sayang dan perhatian saja yang dia mahu. Ada juga anak perempuannya (no 3) yang berkahwin tidak menjemput dia. Hanya buat direstoran dan diuruskan oleh pihak pengantin lelaki sahaja.(bayangkanlah perasaan dia masa tu)

Kini, jiran saya itu sudah berkahwin. Dengan orang yang lebih berusia dengannya. Sekarang dia sentiasa tersenyum dan anak-anak yang menjauh kini mendekat kembali. Dia selau bercakap dengan saya, yang dia sentiasa memaafkan anak-anaknya. Iya, seorang ibu sentiasa memaafkan anak-anaknya walaupun kesalahan itu besar dan meninggalkan kesan dan rasa sedih di dalam hatinya.

Saya takut. Saya gerun melihat situasi sekarang ini. Macam keluaran Mastika yang terbaru, seorang gadis memaki dan bercakap kasar dengan emaknya. Emaknya dijadikan seperti orang gaji. Sudah puas emaknya menasihati tetapi begitu juga, tidak berubah. Akhirnya dia menjadi pelacur kerana sebelum emaknya mati, dia mengatakan yang anakya itu takkan hidup senang.

Ingatlah, bahawa kata-kata yang keluar dari mulut ibu itu adalah satu doa dan ingatlah yang syurga itu terletak di bawah telapak kaki seorang wanita yang bergelar IBU.

Saya hanya mampu berdoa yang anak saya akan sentiasa sayang kepada ibunya..