Suami saya dapat merasa apabila adanya aktiviti paranormal. (macam seekers la pulak)
Dia selalu di ganggu jika tidur lewat..contohnya malam tadi…
Walaupun baru pukul 10 ;ebih, anak saya sudah gelisah tidurnya. Mata mengantuk tapi tak mahu lelap…Penyudahnya tidur di bilik saya…Apabila suami masuk ke bilik anak saya, terus bulu tengkuknya meremang… Yang lawaknya, siap pergi ambik kamera dan clik… Kononnya nak tangkap gambar cik Han..Tapi tak dapat.
Tidak dinafikan memang selalu dia kena kacau.. Kadang-kadang tengah baring, benda itu melintas di kepalanya..siap bunyi kaki lagi (bunyi macam budak-budak berjalan pakai selipar besar.)Selalu kena hempap sehinggakan susah bernafas. Dia kata puas dia memanggil saya, tapi bila dah tidur mana nak sedar itu semua..
Dua hari lepas pun kena juga. Macam biasa terasa kena hempap, dan kali ni siap kena himpit dengan pintu lagi..masa tu dia tidur di bawah..kerana anak saya tidur di sebelah saya sebab dia demam.
Masa dia bujang dirumah emak mertua saya di selayang baru, dia pernah ternampak cik Han ni.. Entah kenapa dia selalu kena kacau… masa tu antara sedar dan tidak dia berkata" Ya Allah, ya tuhanku, KAU tunjukkanlah". Doanya diperkenankan. Dia dapat melihat hujung telinga yang runcing bentuknya (macam dalam cerita Lord Of The Ring tu..) Tapi dia dapat tengok hanya bahagian telinga saja…kalau penuh, tak tahulah…
Selalunya dia akan jadi jaga apabila dia merasakan adanya benda tu.. Rasanya rumah saya itu memang menjadi laluan kepada benda itu…kawasan baru..dulu kawasan kelapa sawit...macam-macam benda yang ada...(kawan saya pernah jumpa cik punti lagi..demam 3 hari).
Semasa emak saya kurang sihat dan tinggal di rumah saya juga kena kacau. Emak saya suka tidur depan pintu dengan keadaan pintunya di buka sedikit agar udara luar dapat masuk. Dia rasa lemas jika pintu bertutup semuanya. Mulut emak saya di cekut oleh cik Han dengan pantas..Emak saya yang bercerita.
Sekarang ni,. Kalau emak saya datang, dia tidak akan tidur dan buka pintu depan lagi..Jika suami rasa lain macam, dia akan pasang CD bacaan yassin kuat-kuat..
Selamat datang.
Selamat singgah.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Blog ini menjadi medan untuk saya mencurah rasa, mencoret cerita dan menampal muka yang mana saya suka.
Selamat membaca dan berkongsi rasa.
Monday, April 19, 2010
Thursday, April 15, 2010
Kenangan...
Semua orang ada kenangan masa membesar…saya juga.. Sengaja saya coretkan di sini. Saya takut ianya hilang…Saya takut yang saya akan melupakan kenangan itu…
Biskut kering
Arwah abah, seorang nelayan. Pendapatannya juga sama seperti air laut. Ada pasang dan surutnya. Kadang-kadang rezekinya melimpah ruah, kalau tak ada seekor ikan hatta seekor udang pun tak ada.Masih saya ingat lagi, minum pagi ataupun petang, biskut yang menjadi santapan kami adik beradik. Lima orang saja masa tu yang baru nak 'naik'. Biskut marie atau biskut lemak yang kakak beli di kedai berhampiran. Kakak saya akan membahagikan biskut itu sama rata. Sama seperti
cerita P Ramlee, waktu Sudin membahagikan harta yang dicurinya di dalam gua…satu untuk kau, satu untuk aku…kelakar sungguh.. Tetapi sememangnya manis..
Pancing udang
Belakang rumah laut, jadi tempat bermain banyak di tepi pantai… Pantang air pasang..laju je. Kedengaran isyarat-isyarat rakan sebaya di depan rumah.. Sama-sama 'naik'. Satu hari tu, air baru nak pasang..saya dan kawan dengan beraninya mengharung air separas peha menuju ke arah pokok bakau..buat apa? Pancing udang…bukan dapat pun…saja suka-suka. Abang saya pula sudah menjerit dari darat, suruh balik. Degil, buat tak tahu je… Dia panggil juga..akhirnya saya mengalah. Sampai darat, apalagi..'kena' sudah.. Bukan apa, dia takut saya kena sengat dengan bisa ikan belukang yang memang suka main kat air bila laut baru nak pasang..
Meleleh juga air mata..tapi seriknya tidak…ha..ha..seronoknya bila mengingatkan itu semua..
Cari siput sedut
Emak saya seorang yang berani. Arwah abah saya meninggal semasa emak saya berumur di
awal 40 an…Jadi dia kena berdikari sendiri walaupun abang2 saya (abang dari emak lain) ada membantu tetapi mereka tinggal di KL. Saya selalu mengikut emak mencari siput sedut di kawasan paya bakau. Kadang-kadang terserempak dengan biawak, ular pun ada..
Pernah juga kami mengharung air separas dada untuk mencari siput, sebab tak payahlah kami terbongkok-bongkok cari siput di perdu paya bakau. Siput itu akan naik sehingga ke hujung daun pokok berembang, senang kami mengutipnya…takut? Tak pun… bolehlah berenang sekali..bestnya
Mandi perigi
Pagi raya. Sejuknya ya amat..Mana taknya..bangun awal..teruja nak pakai baju baru..bukan baju je yang baru ..yang letak di dalam pun baru..al maklumlah budak-budak…Hari belum cerah lagi masa tu… bawak lah pelita. Hadang pulak ngan tangan..sebab perigi tu dekat dengan laut..takut padam kena angin lah kiranya… lepas mandi terus cabut…sejuk ada..takut lagi lah ada….
Duit belanja
Arwah abah saya memang garang….saya jarang mintak duit belanja dengan dia.. Tetapi kalau terpaksa, kena juga lah mengadap… yang selalu yang arwah suruh kami lakukan ialah mengucap dua kalimah syahadah dulu…sebab adik saya selalu mengucap tak betul…asyaduk..asyaduk…selalu kena tegur…saya gelak dalam diam je lah…
Pinggan mangkuk mainan
Satu hari arwah abah saya mungkin mendapt rezeki lebih. Dia membelikan kami permainan masak-masak. Saya masih ingat lagi..warnanya hijau..permukaan pinggan dan mangkuk itu menggerutu seperti kulit katak puru… siangnya kami bermain sepuas hati.. Tetapi keesokannya tiada lagi..Sebab nya ruang tengah rumah (tempat kami tidur) dijilat api. Alhamdulilah hanya sebahagian ruang saja dijilat api termasuklah barang permainan kami…sedih..
Rumah nenek
Berkejar-kejaran di atas beranda (gambar di atas). Arwah datuk duduk di kerusi rotan sambil menghisap rokok daun. Asap rokok itu dihembus ke arah saya dan abang, dan arwah akan berpura-pura menangkap kami…Dapur rumah nenek pula menggunakan dapur kayu. Lantainya tidak bersimen, hanya tanah liat yang telah dimampatkan. Makan pula dengan pinggan ayan yang berbunga di tepinya….
Kenangan ini, selalu membuatkan saya tersenyum sendiri…saya rindu dengan alam itu…
Monday, April 12, 2010
Tangga Batu
Macam biasa, tiap-tiap bulan akan menjenguk emak di kampung. Emak yang tinggal dengan adik saya di Paya Rumput akan pulang ke Tangga Batu setiap hujung minggu. Al maklumlah, orang tua kan...
Rumah saya ada pokok Avocado. Di tanam melalui biji. Usianya sekarang mungkin dalam 7 atau lapan tahun. Dua tahun kebelakangan ni buahnya banyak.
Semalam saya petik. Benihnya di datangkan dari Indonesia. Rakan sekerja adik saya masa di kilang dulu adalah seorang warga Indonesia - dulukan kilang-kilang suka menggunakan tenaga kerja luar...
Di bawanya sebiji buah itu untuk di beri rasa... dengan biji itu emak saya tanam dan tumbuh lah ia dengan suburnya..lama juga tak berbuah.. tapi bila dah ditakik baru lah ianya berbuah lebat.
Semasa dalam perjalanan balik ke rumah di highway, tiba-tiba kereta saya di potong oleh dua anak muda yang menaiki motor...biasalah tu kan...tapi yang tak biasanya pulak, dia menunggang dengan cara Superman... betul-betul laju...
Tiba-tiba, suami saya pun berkata " dulu, abang pun pernah buat macam tu sekali..masa bujang...memang laju..best."
Saya yang mendengar terkejut juga....agaknya masa tu diaorang ni memang tak ingat langsung kepada orang yang tersayang..hanya fikir seronok je kan...
Subscribe to:
Posts (Atom)